hajat

Dah tujuh tahun aku merantau mencari rezeki di Shah Alam. Dan dah hampir lima tahun aku dirumah sewa sekarang. Aku merupakan orang paling lama disitu. Orang keluar masuk. Bertali arus. Dan disebabkan itu aku ramai kenalan. Yang keluar disebabkan berpindah kerja atau berkahwin. Aku berhubung jugak dengan mereka-mereka. 
Bila di tanya soal jodoh aku diam. Belum rezeki lagi. Ada kawan aku anak dah dua. Tapi aku masih sendiri. Mereka ada kenalkan teman untuk aku. Tapi nasib tak menyebelahi aku. Datang dan pergi. Ya aku tidak sesuai untuk teman mereka. Dan mereka selalu kuatkan semangat aku menempuh perjalanan aku. Terima kasih whats app kerana menghubungkan kami dengan percuma!!!
Tiya ada kirimkan kata-kata semangat untuk aku. Terima kasih
Aliya ikut aku punya perkembangan. Aku hargai
Laili selalu bertanyakan khabar. Aku terharu
Cikgu aturkan kami kami berjumpa. Memang gembira saat tu.
Dan yang lain bukanlah tak concern tentang aku tetapi sibuk dengan hal seharian. Mereka akan berhubung di facebook tentang kawan kawan yang pernah serumah.
Jutaan tahniah kepada facebook dan instagram kerana setiap update kami dapat berhubung.

Tatau kenapa aku semakin  rasakan aku juga mahukan kehidupan seperti mereka secepat mungkin. Untuk tahun ini tidak mungkin. Doakan untuk aku pada tahun hadapan. Aku amat berharap.

No comments:

Post a Comment