open office 2010

Selasa, 28 September 2010
DRE MASRAFI SERVICES SDN BHD
Bandar Sunway Petaling Jaya.

Menyambut hari raya bersama-sama. Hanya staff yang berada di office sahaja meraikannya:)


keliru

Jiwa saya sekarang kacau. Hantu betul perasaan ini. Kepala terkehel jiwa tidak tenang. Aduhai jangan lah benda bukan bukan terjadi. Memang diakui perasaan saya sekarang serabut.

updated : magika bagi saya biasa saja. tq huda dan yang lain kerna membawa diriku ini:)

PUASA ENAM

Balik dari kampung, terus saya berazam mahu berpuasa. Tetapi dapur saya kosong tiada bahan yang boleh dimasak. Jadi untuk minggu pertama bekerja terpaksa atur kedai makan untuk menjamah selera ini.
PUASA PERTAMA
Saya bersama huda ismail dan kak zakiah teringin makan a&w. Dekat jer dengan rumah. Kitorang amik mozza monday. Murah okeyhh daripada hari biasa :)
PUASA KEDUA
Saya mahu menjamah nasi. Jadi kitorang pergi gerai seksyen 8. Makanan sedap+banyak. Tetapi malangnya perut dah sebu jadi makanan dibiarkan menangis. Yang hadir bersama ialah huda ismail kak zakiah dayah dan niza
PUASA KETIGA
Saya bersama huda ismail pergi menyantap pizza. Argghhh kenyang dengan hidangan itu. Paling suka soup anda:)
PUASA KEEMPAT
Pertama kali selepas balik dari kampung laili mahu join makan malam bersama. Saya amat malas keluar jadi menapau makanan pada kawan. Nasi goreng kampung seksyen 2 tidak sedap. Saya tidak habis menjamahnya. Serasanya dalam minggu ini makanan yang paling tidak sedaplah saya makan.
PUASA KELIMA akan diupdate:)

PERSAMAAN

Persamaan saya dengan buah hati keluarga razak ramlan. Bila ditilik balik Damia cucu pertama emak saya banyak sangat persamaan dengan saya dan adik beradik.
TANGAN KIRI
Seperti sedia maklum, saya memang lebih handal mengunakan tangan kiri berbanding tangan kanan. [seperti post diblog lama saya].. Dan sekarang saya ada pewaris. Damia kini memang cekap mengunakan tangan kiri beliau.
KEPALA BESAR
Bukan besar kepala yer..... Okey dahulu masa saya kecil [zaman tadika sehingga darjah 4 kalau tak silap] saya mengalami masalah memakai baju kurung. Setiap kali baju kurung yang baru mesti mak saya akan koyakkan sedikit kerana kepala saya tidak muat untuk memakainya. Kini, damia pun mengalami situasi yang serupa. Tshirt ikut body yang makcik beliau belikan tidak boley masuk. Kesiankan damia saya..
MULUT MUNCUNG
Kalau dilihat dari sisi mulut saya sedikit muncung. Tetapi tidak ketara sangat tetapi adik beradik yang lain memang muncung. Sekarang damia dan aqeef memang mulut muncung. Pakcik manjoi damia cakap ikut mulut orang taiping...heheheh muncung-muncung cun apa kan mia...
DEGIL
Tak pasti ikut siapa tapi secara jujur saya memang ketegori orang yang degil. hehehe buruk betol perangaiiii...Mia pun sama...hehehehe
SUKA MELAWA
Damia betul-betul turun perangai adik saya yang suka melawa. Hebat betul beliau sekarang mahu keluar rumah mesti mahu pakai lipstik blusher bagai. Siap tunjuk tempat lagi. Bibir pipi dan mata.. Ada satu hari mia nampak ibu beliau kikir kuku menangis macam kene pukul sebab ibu beliau tidak mahu lakukan dekat kuku beliau. Kesian kak wani ketika itu. "Anak dera ibu".. Dan pantang nampak bunga mesti nak selitkan dekat telinga beliau dan lari masuk rumah tengok cermin. Nak makan pun depan cermin.
Setakat ini dulu laporan saya:p

setelah bercuti panjang

Saya semakin malas
semakin semak kepala otak
semakin tak terurus
apa perlu saya buat?

Balik dari kampung
badan semakin sugar bugar
baju kembali mengetat
harus cari diet seimbang semula....

Aktiviti hujung minggu perlu dipenuhkan
perlu ada pelbagai aktiviti
supaya tidak terasa kekosongan hati kecil ini
siapa mahu mengajak keluar
sila silakan lah:)

hari besar DAHLIA

13/09/2001.
Kamunting, Taiping PERAK


Sudah lama tidak ketemu kawan-kawan sekolah. Amat pendek sangat masa berbual mesra. Sumpah banyak lagi cerita mahu dikongsi TETAPI masa amat cemburu dengan saya. Okey siapa mahu kahwin sila jemput saya kerana saya mahu join anda semua berbual mesra dan umpat mengumpat. [betulkah?].. Dahlia selamat pengantin baru. Tahniah, dengan majilis ini dapat balik mengenali rakan-rakan lain. Semoga berbahagia kehingga akhir hayat.



Happy Eid AL-fitri 2010

Selamat hari raya maaf zahir batin. Sedikit pada raya pertama saya bersama keluarga. Agak suram tanpa keluarga abang saya disini. Emak saya sakit. Sangat sedih sekali melihat beban sakit yang ditanggung oleh emak. Raya kedua abang saya balik dan tentunya rumah bertukar riuh. Besh :)

intai-intai berbuka

Sudah lama tidak berjumpa. Sedikit gambar bersama.