PERSAMAAN

Persamaan saya dengan buah hati keluarga razak ramlan. Bila ditilik balik Damia cucu pertama emak saya banyak sangat persamaan dengan saya dan adik beradik.
TANGAN KIRI
Seperti sedia maklum, saya memang lebih handal mengunakan tangan kiri berbanding tangan kanan. [seperti post diblog lama saya].. Dan sekarang saya ada pewaris. Damia kini memang cekap mengunakan tangan kiri beliau.
KEPALA BESAR
Bukan besar kepala yer..... Okey dahulu masa saya kecil [zaman tadika sehingga darjah 4 kalau tak silap] saya mengalami masalah memakai baju kurung. Setiap kali baju kurung yang baru mesti mak saya akan koyakkan sedikit kerana kepala saya tidak muat untuk memakainya. Kini, damia pun mengalami situasi yang serupa. Tshirt ikut body yang makcik beliau belikan tidak boley masuk. Kesiankan damia saya..
MULUT MUNCUNG
Kalau dilihat dari sisi mulut saya sedikit muncung. Tetapi tidak ketara sangat tetapi adik beradik yang lain memang muncung. Sekarang damia dan aqeef memang mulut muncung. Pakcik manjoi damia cakap ikut mulut orang taiping...heheheh muncung-muncung cun apa kan mia...
DEGIL
Tak pasti ikut siapa tapi secara jujur saya memang ketegori orang yang degil. hehehe buruk betol perangaiiii...Mia pun sama...hehehehe
SUKA MELAWA
Damia betul-betul turun perangai adik saya yang suka melawa. Hebat betul beliau sekarang mahu keluar rumah mesti mahu pakai lipstik blusher bagai. Siap tunjuk tempat lagi. Bibir pipi dan mata.. Ada satu hari mia nampak ibu beliau kikir kuku menangis macam kene pukul sebab ibu beliau tidak mahu lakukan dekat kuku beliau. Kesian kak wani ketika itu. "Anak dera ibu".. Dan pantang nampak bunga mesti nak selitkan dekat telinga beliau dan lari masuk rumah tengok cermin. Nak makan pun depan cermin.
Setakat ini dulu laporan saya:p

No comments:

Post a Comment