HTAR KLANG

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Date : 22 June 2011
Time : 2:30a.m - 5:00a.m
Setiap orang mempunyai masalah. Terpulang cara kita mengatasi dan bijak mengatur perasaan. Alhamdullillah saya punyai keluarga dan kawan yang begitu baik dan mengambil berat tentang diri saya. Terbaru, kawan saya hadapi masalah peribadi yang begitu membebankan. Amat simpati dengan tekanan yang dihadapinya. Setiap titisan air yang gugur daripada mata beliau begitu menguris hati kecil ini. Saya dan yang lain sentiasa mengharapkan duka hidupnya berakhir.
Masalah yang dihadapi menyebabkan beliau sesak nafas yang amat teruk, pengsan dan pucat lesi. Saya terkejut kerana dia terjelepuk didepan pintu bilik kongsian kami. Ya Allah, tolonglah kawan saya. Lemahnya beliau ketika ini. Ya saya memang speker rumah. Dengan keadaan terkejut terus saya mengejutkan yang lain. Maaf, kerna menganggu tidur yang lain. Jam 2:oo pagi terus menelefon jiran saya yang begitu baik hati untuk membawa kami ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Tibanya di HTAR masing-masing sibuk menolong. Saya terus ke kaunter pendaftaran. Beliau terus dihantar ke wad kecemasan. Kami masing-masing berkumpul ditepi beliau. Saya dari gelap mata (maklumlah mengantuk) terus cerah mata akibat mendengar suara yang merdu dan wauuu hensemya doktor itu. Muda ok...
Kawan saya diperiksa. Urin test, blood test dan masuk air. Selepas beliau masuk air terus terus beliau sihat seperti biasa dan boleh menyuruh saya meng-usha doktor yang hensem tadi. Tapi mengapa doktor itu seperti mahu menarik perhatian kami anak gadis. Adalah sessi mengumpat doktor itu sehingga membuatkan kawan saya yang sakit itu tergelak dengan kuatnya. Udie (jiran saya) tidur didalam kereta. Kesian sangat beliau sudahlah penat setelah pulang dari mendaki bukit. Kaki bengkak-bengkak. Tidur tidak cukup. Masih mahu menolong kami semua.
Setelah hampir pukul 5:oo pagi saya bertanyakan keadaan kawan saya. Beliau mahu pulang rumah. Terus kakak M.A itu bertanyakan doktor yang merawat. Dengan slumber biawak doktor itu bercakap dengan lantangnya. "dah boleh kuar pun gelak pun kuat sangat." Malu lorh doktor pun perasan dengan ketawa manja kami semua. Tetapi muka doktor hensem berbaju kemeja hitam begitu sayu sekali. 'kenapa doktor tak mahu kami pulang ker? kan ada contact no. Call jer saya. Saya menanti. Huhu'
Sedang menanti kereta tiba didepan pintu hospital tiba-tiba doktor itu lalu ditepi kami. Mahu menuju ke kafe. Bagitu hampir sehingga boleh terbau harumnya perfume beliau. Hahahah doktor gatal :) Belum kami semua make up. Muka masing-masing baru bangun tidur kot. Nasib tak pakai baju tidur. Waras lagi kami semua.
Keesokkannya mata masing-masing rabak akibat tidur sejam lebih saja. Tetapi demi persahabatan kami berjaya tempuh bersama.
Lebiu doktor hensem. boley?

No comments:

Post a Comment