December 2010

Sudah bersawang, habuk bersepah. Terlalu banyak aktiviti sehingga tidak satu pun tercarik dalam bulan disember ini.

Tragedi malang
Memang malang tidak berbau. Saya jatuh terduduk sebanyak DUA  kali dalam bulan ini.
Tragedi PERTAMA : Masa pulang. Dari jauh saya nampak lampu train. Terus saya berlari langkah 1000 sehingga tidak mempedulikan mata yang memandang. Ya benar, saya tidak kisah disebabkan mereka pun kadang-kadang berlari anak mengejar train. Normal sangat normal bagi pengguna kenderaan awam. lari punya lari sehingga tidak perasan ada becak di hadapan kaunter. Saya terpijak, yaa terus jatuh terduduk. Amat memalukan sungguh. Di hadapan kaunter komuter, memang memalukan sudahlah abang kaunter itu saya kenal dan dia juga mengenali saya. Ada soalan yang tidak logik daripada kakak disitu. "Sakit tak adik?" Dalam hati perlu ker tanya soalan bodoh itu.... GERAM. (mestilah sakit. Bukan harus lagi) Lalu saya menjawab. "sakit kot?"
Tragedi KEDUA : Dihadapan Night Circle. Saya memang suka makan char keateaw disini. Memang sedap. Kali ini damia turut serta kerana saya dan kak dida kidnap dia dirumah kazen beliau. Keadaan hujan. Saya memang berhati-hati. Masa saya mahu turun tangga untuk pulang saya terjatuh. Kaki saya tidak dapat mendarat di anak tangga. Saya cuba mendapatkan meja disebelah supaya membantu daripada terjatuh tetapi lagi malang kerana meja itu terhimpap saya. Akibatnya saya mengalami lenguhan yang panjang.
Sudah dikenal pasti. Dua kejadian diatas disebabkan kasut yang sama saya pakai. Kasut yang memalukan.
Tragedi KETIGA : Takziah buat kak ina. Disebabkan tragedi buruk yang menimpa dirinya kami semua (gadix yakut) simpati terhadap dirinya. Kereta+handbeg+purse+camera+wang rm600.00 dikebas oleh penjenayah. Ekoran kejadian itu kami semua berhati-hati untuk keluar malam. Tiada lagi liburan sehingga lewat pagi.

Movie pada bulan ini yang hanya saya tengok ialah HANTU KAK LIMAH BALIK KAMPUNG. Amat kelakar sehingga tidak mengantuk walau sudah pukul 1:30pagi.

Sekarang saya amat mengemari cerita KOREAN. SECRET GARDEN. Memang owesome. Thankz kakak kerna mem-promote cerita ini.



[tahniah] mira dan aishah

Shah Alam-Klang-Bangi

5 december 2010 hari besar buat mira dan pasangan juga buat aishah dan juga pasangan. tahniah saya ucapkan. Kami sepakat pergi bersama-sama meraikan hari bersejarah buat mereka. Tahniah dari kami gadis yakut.

Majlis mira dan juga eddie (bekas gadis yakut)





Selepas posing memposing, cium-cium dan laga-laga pipi bagai terus meneruskan perjalanan ke Bangi. Kali ini ke kenduri Aishah (kawan cikgu niza). Sedikit posing kami semua..





Tragedi November!!

November sudah berakhir. Tahun ini bulan november banyak kenangan-kenangan terbaru buat saya. Tidak tahu mengapa banyak sangat dan saya amat sukakanya.

1) Fly - LCCT-JOHOR, JOHOR-LCCT
Seperti mana yang tidak tahu, saya sudah berusia tetapi tidak menaiki kapal terbang sepanjang hayat saya. Tetapi, atas urusan kerja di Johor, saya buat pertama kalinya menaikinya. Tarikh keramat itu ialah 12/11/10 bersamaan hari jumaat. Wauu amat cantikkan tarikh tersebut. Akan saya kenang kenangan saya ini :)

2) BKRM - Credit Card
Saya memang sudah lama bekerja sebagai admin di Agensi pemasaran kad kredit. Tetapi, saya tidak memohonnya. Atas tentangan keluarga dan saya fikirkan tidak ada kegunaan sangat. Hanya akan menambahkan hutang sahaja. Baik guna tunai. Jika tiada duduk senyap-senyap layan korean drama. Heheee. Tapi, sejak sedikit matang saya mula merasakan keperluan untuk memiliki card tersebut. Haaahhaaa tapi saya perlu tanamkan dalam diri jangan membazir. Takut sitos pulak saya nanti.


3) Kawan Lama
Memang gembira sangat apabila saya kembali rapat dan akrab dengan kawan-kawan lama saya. Amat bersyukur sekali. Nasib muka saya tidak banyak berubah. Kenangan lama sewaktu disekolah kembali mencuit hati saya. Tq mr. FACEBOOK kerna ketemukan kami kembali. Reunion akan diadakan pada tahun depan. Saya suka. Love u friendssssssssssss.

4) Happy Eid- Adha
Raya aidiladha tahun ini tidak sangat bermakna buat kami kerna pada hari pertama hanya kami berempat. Tetapi raya aidiladha kali ini amat meriah. Clap Clap... Abanglong sekeluarga pulang. Keluarga paksu saya pun pulang. Penat tapi happyyyyyyyy sangat. :)
keluarga abdul razak + keluarga abdul rahim = keluarga besar RAMLAN
1+5=2 :)
Cucu dara Ramlan :)