Petua 3 : Awet muda

Wahhh suka pulak aku tulis pasal petua-petua ni. Macam mak nenek pun ada. Okeyh berbalik pada petua awet muda nih simple saja. Aku pun selalu amalkan. Pada mulanya bila aku dapat tahu aku memang harapkan kawan aku tipu. Yelah petua yang menggotorkan. Ya aku seorang pembersih. Okey jangan ulas pasal tu. Tutup mulut.
Bila aku tanya mak dan dia mengiyakan petua tersebut. Jadi dengan langkah penggotornya aku melakukan. Nak muda punya pasal lah sekarang nih kan. Petuanya ialah minum air kosong setiap kali bangun dari tidur. Jangan gosok atau kumur gigi lagi. Bangun dari katil terus capai botol air disebelah. Minum seteguk dua dan barulah pergi bersihkan diri. 
Memula aku lakukan aku memang janggal. Aku mana biasa minum / makan sebelum gosok gigi. Air liur terjejeh lagi kot kat mulut tu. Tapi inilah petua yang selalu diamalkan. Alhamdullillah dekat setahun aku amalkan. Bagi aku macam biasa tapi kawan aku selalu cakap aku still macam zaman sekolah lagi. Hahaha okeyh tu aku tipu.
Selamat amalkan petua ini. Insyaallah kekal muda hendaknya

Petua 2 : Elakkan rambut gugur

Rambut aku selalu gugur. Aku fikir bila sudah berambut pendek masalah ini dapat diatasi. Tapi tidak. Sering terjadi dan menyebabkan aku risau. Rambut gugur tanpa memberi sebarang warning kepada aku. Hahaha
Aku dapat petua ini dalam nona. Aku tengok nona sebab tengah tunggu kakak aku masuk nona ritu. Petua yang aku dapat memang mengunakan barang semulajadi dan senang dapat di kampung aku. Sebab rumah mak aku ada pokok-pokok tersebut. Tapi dekat rumah sewa aku memang tak ada.

Bahan utama : 
Daun kari dan Daun inai.

Cara-cara :
Blend daun kari. Dan bancuhkan dengan air dalam baldi. Blend daun inai. Daun inai di blend sehingga lumat. Basahkan rambut dengan air bancuhan daun kari. Setelah rambut basah tempekkan inai di kepala. Biarkan selama sejam. Setelah itu, basuhkan rambut.

Rambut akan berasa segar. Ringgan sahaja. Rambut yang beruban akan bertukar menjadi merah. Macam gaya mak datin okeyh.

Selamat mencuba!!!

Petua 1 : Membaikpulih ketiak hitam

Disebabkan pemakaian deodorant yang berlebihan menyebabkan ketiak bertukar warna. Aku tak pasti kenapa kes nih berlaku. Dan iklan sekarang asyik promote untuk deodorant mereka bakal memutihkan balik apa yang hitam. Propa semua ni. 


Masa sedang hebat aku kutuk iklan dove kat tv akak aku ada bagi petua. Tak pasti dia dapat petua ni dari mana. Petua yang murah dan mujarab. Insyaallah. Mudah didapati dan boleh digunakan tanpa was was kerana tiada unsur barang kimia. Ia adalah   

TIMUN
Cara penggunaanya : 
Buang kulit timun tersebut. Dan gosokkan timun di kawasan ketiak anda. Gosokkan selama 5 minit. Anda akan berasa perubahan warna bertukar. Lakukan sekerap yang mungkin dan akan memperolehi hasil yang berkesan.

Selamat mencuba.


Misi slingbacks

Aku memang selalu jatuh. Setiap bulan mesti sekali jatuh. Jadi aku amik langkah berjaga-jaga pakai crocs. Tak jatuh dan tak licin. Tapi semalam aku cabar diri aku. Pakai slingbacks by aldo. 5'" kot. Aku pakai kasut tu pun bersebab. Yelah takkan pakai crocs dgn dress ke tempat kerja. Agak-agaklah kan. Jatuh standart aku. Haahahhaaa
Jadinya aku pakai dan aku terlalu berhati-hati bila berjalan. Pandang bawah dan jaga step. Sebab jalan kat ofis aku ni tak rata. Kalau dekat mall aku slumber berlari dengan kasut tu. Jatuh belakang kira. 
Alhamdullillah pemakaian kasut aku tu tak memalukan aku. Aku gembira. Tak jatuh ok. :)
Terasa diri tinggi pulak bila berjalan. Macam luas pemandangan je. 
Hikhikhik

Azam bulan oktober

Aku ni hangat-hangat taik ayam je nak kurus. Kalau dah gemuk dan ramai orang bercakap terutamanya mak aku dok bising aku akan kurangkan makan. Tapi bila dah kembali ok aku akan kembali kepada tabiat makan terlebih kenyang. 
Aku dah lama tak timbang dan aku perasan berat normal. Tapi tak tahu kenapa baju raya haji macam terketat lah pulak. Salah tailor ke yang potong tak ikut ukuran? Habis raya kembali kepada rutin sediakala. Pakai baju kerja kain dah macam sarung nangka. Agaklah mendadak berat naik. Aku nih kalau naik 2 kg pun dah nampak macam 10 kg. Terus aku kurang keyakinan untuk bergaya. Ok tipu.
Aku cuba kawal makan. Tapi macam tak nak turun je. Nadd dan noor nasihat aku. Jaga badan. Kalau terlebih berlemak pun tak elok. Dorang berdua tak bagi aku makan makanan feberet aku nasi lemak. Kalau teringin sangat makan sekali seminggu. Pastu exercise. Aku terus tension. Mana tak nya setiap pagi aku akan makan nasi lemak ayam masak merah pakcik tue. Sedap wehh... Makan malam pulak sebelum jam 8:00 malam. Acaner tue? Kalau macam tue agak-agaknya aku jadi kera sumbanglah. Dok rumah tak menjengah hal luar dimalam hari. 
Semalam aku ajak noor main badminton di tasik. Situ ada lampu. Dulu-dulu aku lepak situ jugak. Memang semangat nak exercise nih. Malangnya gelap. MBSA kedekut duit nak buka lampu. Oppppsss... Pusing padang belakang rumah. Gelap jugak. Memang frust tahap gaban lah nih kan. Sampai rumah jalan lenggang. Noor ajak main. Kalau ada kereta kita stoplah. Bukan main betul pun. Kembali teruja. Hoorrayy!!!
Aku yang lama tinggal semua game dan hidup aku sekarang kerja, belajar, makan, tidur dan berhibur tentulah mengah bila terloncat-loncat kejar bulu tangkis tue. Setengah jam saja boleh menyebabkan aku lenguh tangan sampai sekarang. Nak buat kerja pun penat. Tapi apa-apapun kami berdua enjoy. Seronoklah main depan rumah. Malam ni insyaallah akan buat aktiviti yang sama. Aku nak dapatkan balik berat aku masa umur 25 tahun. Hahahahaa

Minta sedekah

Kalau nak sesuatu kena usaha. Usaha kan tangga kejayaan. Dan bila kita dapat sesuatu kita akan menghargainya. Serius.
Sekarang aku teringin sangat jam. Aku dah tengok harga. Tapi diluar kemampuan aku sekarang. Jadi, aku senyapkan diri dulu. Aku takkan gunakan kad kredit aku untuk beli benda seperti itu. Biarkan aku cukup wang aku akan beli. Dari dulu aku amalkan sikap ni. Bukan nak puji diri tapi tak mahu diri terjerat dengan hutang piutang. 
Jadi bila aku dengar orang asyik meminta minta sesuatu aku akan jadi pusing. Rimas tahu tak. Motif sebab tak puas hati dengan orang lain. Terasa diri tak up-to-date kalau tak pakai barang tersebut. Alah kalau setakat kau nak beli handbag dua tiga ratus tu apa salahnya guna gaji kau. Kereta tanak kalah. Pakai kereta besar bagai. Kalah pegawai tau tak. Sedangkan kau kerani saja. Jadi nak beli segala benda kau humbankan beban dekat orang lain. Sengkek ko kerjakan dia. Kesian.
Mak aku selalu pesan, kita kena ukur baju dengan badan kita. Jadi jangan cuba-cuba nak puaskan nafsu membeli tanpa tahu tahap keupayaan kita membayar. Aku memang kuat berbelanja. Setiap bulan ada saja aku target nak membeli. Kalau tak ada aku cuba adakan. Tapi sekarang aku cuba pertahankan nafsu membeli. Serius. Duduk rumah lagi bagus. Boleh siap segala kerja rumah yang ada. Boleh tengok tv macam nak makan. 
Tapi aku masih keliru. Orang yang selalu meminta tu tak ada air muka ker?
Peminta sedekah yang bekerja.

kipas susah mati jep sepahtu

Aku sekarang memang memang memang minat kat jep sepahtu. haahahaa...
Aku ada persamaan dengan dia. Okey perasan.
Tahun lahir 1985, Lefthanded, Gigi siung.
Okey bye..
Nak rindu jep kejap

masa depan

"Simpan duit dari sekarang. Kalau kahwin nanti tak pening fikir nak loan bank mana."

Itu ayat mak aku masa aku umur 24 tahun. Dan sampai sekarang aku tak pernah simpan duit untuk kahwin. Okeyh tipu kalau tade duit aku tabungkan. ADA!!! Aku amik loan ASB. Tu pun terpaksa amik sebab budak rumah semua amik. Katanya untuk masa depan. Tapi, bila awal tahun aku sanggup tunggu depan pintu bank. Terus berlari ambil nombor. Sebabnya, semua orang pun nak kuarkan duit seperti aku. Dividen ASB wehh. Boleh enjoy. 
Jadi setiap tahun aku akan kuarkan duit. Ada saja benda mustahak kena settlekan. Puiiiii... Mustahak sangat. Macam awal tahun ritu, aku dah fikirkan dividen tahun depan ASB nak buat apa. Memang masalahkan? 
Sekarang aku tak menabung, macam mana nak kahwin. Kawan-kawan seangkatan aku semua dah beranak pinak. Dan mereka mula memikirkan untuk memiliki rumah sendiri. Aku ni pun belum tentu duit ada nak buat majlis tambah fikir beli rumah. 
Duit kahwin cukup merimaskan kepala otak aku. Sebabnya kos semua mahal kot. Karang aku buat majlis doa selamat mahu kecoh sekampung aku kahwin koboi. Kena tangkap basah takpun mengandung anak haram. Memang adat resam orang kampung aku mulutnya tak reti tutup pastu telinga kalah kuali. 
Orang cakap kalau kita mahukan sesuatu kita perlu usaha. Untuk berlaku adil pada diri aku dan masa depan aku yang cerah dividen ASB  aku tak mahu pandang dah. Biarkan buku biru kosong tanpa coretan unit keluar. Kalau ada lebihan setiap bulan silalah coretkan dekat unit masuk. Bila mahu kahwin baru tengok berapa ada.

Untuk persiapan kahwin,pasanganbelumadalagi aku terpaksa batalkan segala trip cuti semester bersama kawan-kawan aku. Cuti tiga bulan kami plan mahu ke singapura, langkawi dan hatyai. Terpaksa BATALKAN... Maafkan aku demi masa depan yang cemerlang. Cukuplah ke Vietnam bersama mak+adik beradik+sepupu-sepupu. Kalau tade langsung macam tak meriah hidup pulak...

Lolo

Macam mana aku dapat nama lolo?

Aku bahasakan diri aku dengan anak-anak buah achik nurul. Jadi damia yang cerdik tade masalah dalam menyebut achik nurul. Dia memang cepat tangkap. Aku puji dia. Tapi anak buah aku yang kedua Aqeef dia malas dalam nak bercakap. Masa mula-mula belajar jalan pun malas. Dia gayat mungkin. Jadi orang akan dukung dia. Mujur kecik. Satu hari kami semua buat tak endah dengan dia barulah dia ada inisiatif untuk belajar jalan. Dan dalam bab bercakap pun dia malas. Dia reti sebut susu walau gagap tapi disebabkan dia malas bercakap dia akan menangis dan cepat cepat ibu dan ayah buatkan susu. Baru-baru nih dia mula bercakap. Tak tahu paksaan dari siapa. Tapi dia pelat. Dia amik ayat yang hujung jer. Dia sebut Damia dengan iaaa je. Cik dida dia sebut ida. auntie su dia sebut su. Dan aku achik nurul dia sebut lo.
Aku faham dia panggil aku. Sebab antara ketiga-tiga makcik dia, akulah paling rapat dengan dia. 
Bila dia panggil aku lo aku buat tak tahu. Dan bermula dari situ dia panggil aku lolo. Sebab ulang balik lo. Dia panggil aku dengan suara manja dia. "lolo nak susu." "Olong lolo.iaaa uat aqeef." "Lolo tukar pampers"
Jadi start dari situ aku dah tukar nama dari achik nurul kepada achik lolo.
Thanks aqeef. Nama lolo pun macam comel jer.

:)

Dia

Manusia nih pelik. Eyh silap aku sebenarnya pelik. Dulu aku suka sangat nak jumpa dia. Biar aku jumpa tanpa dia sendiri tahu aku suka pandang dia. Kalau boleh setiap hari aku nak tengok dia. Dengan cara macam mana sekali lah. 
Tapi, aku sudah kecewa. Akibatnya aku tak mahu jumpa dia lagi. Never!!!!
Makin aku benci makin aku jumpa. Makin aku lari dia muncul. Muncul dalam pelbagai cara. Kadang-kadang aku pulak yang takut bila jumpa. Tak tahu kenapa. Rimas mungkin. 
Dulu aku penah suka dia sekarang aku takut suka dia lagi. Jadi aku risau bila sering jumpa dia. Pagi, tengah hari, depan ofis dia dan parking kereta. Aku amik cara untuk lari dari dia. Aku datang kerja tak sama waktu dengan dulu. Aku lunch bukan time lunch. Aku balik bukan berlengah lengah lagi.
Kawan aku cakap jangan benci sangat dengan dia. Takut-takut tu jodoh kau. Terus aku geleng. Aku tak mahu dia jadi suami aku.
Ok sekarang nak makan coklat. Nak tenangkan hati yang sesak nih
Bye