perubahan mendadak.

Tiba-tiba saya terfikir. Dahulu lain dan sekarang kehidupan saya lain. Yang baik berubah kepada buruk dan buruk berubah kearah kebaikan.
TEKNOLOGI
Dulu kalau saya mahu tahu perkembangan artis terpaksa membeli URTV, Hai, Mangga dan juga Pancaindera (MH). Sebab mahu tahu gosip terkini dan melihat perkembangan terbaru dunia artis. Tetapi kini, hanya add mereka di Twitter dan Like di Facebook sudah tahu perkembangan artis yang diminati. Dan juga membaca blog gosip artis. Blog yang saya selalu ikut ialah blog abang nara. Hebat, terkini ceritanya.
(ini salah satu contoh perubahan daripada buruk kepada baik sebab kita boley jimat duit dari membeli setiap bulan / minggu majalah)
PERGAULAN
Disebabkan salah faham cuma sedikit, habis madu manis yang ditaburkan musnah.(tidak bermaksud mengungkit). Tetapi saya tidak suka segala tindakan awak yang dikatakan betul TETAPI sebenarnya hampeh macam hampas kelapa yang tak diperlukan. Ok saya faham awak sudah berjaya kawan. Saya harus akui awak ada masa hadapan. Tetapi kami yang lain macam mana? Harus sentap dengan setiap tingkah laku awak? Jujur kami juga mempunyai impian tetapi sinarnya tidak nampak lagi seperti kamu sedang mengapai sinar.
(ini satu contoh yang terlalu berubah dari baik kepada buruk. BENCI)