tentang damia

Damia hampir mencapai usia tiga. Kini semakin pandai berkata-kata dan banyak akal. Pening dengan setiap permintaannya. Heheheehee..
1) pandai mengubah labu sendiri
Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk ramai-ramai,
Opah minum susu.
Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Muhammad jangan nangis,
Mak dia pergi kerja.
kukukuku!@#$%^Y& (tidak dapat dikenal pasti sebutannya)
!@#$%^&*(
tutup-tutup mata,
ingat orang jauh.

Nenek- nenek sibongkok tiga,
Siang mengantuk malam berjaga,
mencari cucu dimana ada,
Nenek ku kawen dengan anak RIZAL ( abang saya ayah damia )

2) Daya ingatan yang tajam
e.g : pagi semasa hendak memberus gigi, dia ada tunjukkan toothpaste dia sudah habis. Dan ibunya berjanji akan membeli yang baru. Ke tesco dengan saya, menarik tangan saya dan beritahu toothpastenya sudah habis. Kuat daya ingatannya. Tahniah.

3 ) Kakak yang bertanggungjawab
Semasa ibu dan ayah menonton movie midnite. Saya dengan emak saya menjaga damia dan aqeef. Aqeef kalau tidur mesti hendak ayahnya dodoikan. Menangis dan menangis. Dan damia pun memujuk adiknya. "cian aqeef. takper kakak ada jangan nangis". Selepas dia cakap dan tak sampai 5 minit dia pun selamat tidur dengan amannya. Dan aqeef terus menangis.
Dia juga suka menjaga adikknya dan mendukung adiknya sehinggakan kami yang tengok takut terjatuh. Tapi adiknya seronok bila didukung kakaknya.

4) Suka dengan majlis
Damia amat sukakan bergaya. Bila ada majlis kahwin outomatik kami akan make-up kan beliau. Dan bila nampak pengantin (maklumlah cantik) matanya tidak berkedip. Tersenyum simpul beliau.

perang berat

Secara seriusnya saya ingin melancarkan perang makanan keatas diri saya. Saya jenis pantang dipelawa. Mesti tidak menolak. Akibatnya badan saya mula mengembang. Pulang kampung baru-baru ini emak menasihat saya tentang perkembangan hebat struktur badan saya. Saya masih tidak ambil kisah. Menyuap makanan apa saja dihadapan mata masuk ke mulut yang kecil ini.
Raya hampir tiba, walau puasa belum bermula. Saya menempah baju kurung di kakak yang pandai menjahit baju kami sekeluarga. Semua ukuran saya sudah lari. Sudah tidak dapat dikejar. Semua bahagian naik. Takde satu pun kekal. Sedih dan sakit. Saya nak bentuk badan saya yang dulu. Tolong jangan pergi.
Akibatnya kini saya melancarkan perang. Saya sudah tidak melantak sampai tidak ingat dunia. Hanya makan bila perlu. Harus fikir masa akan datang. Cemburu dengan kakak saya yang sekarang hampir kurus melidi.
Doakan saya berjaya mengekalkan diet yang saya amalkan baru dua hari. Amin

tentang emak

Emak saya semamangnya sedia maklum perangai buruk baik setiap anaknya. Sememangnya emak tahu saya setiap malam akan keluar bersama dengan kawan-kawan. Saya selalu menceritakan setiap kejadian yang saya lalui dan emak menjadi kawan rapat saya dari jauh. Jauh dimata tetapi dekat dihati. Jadi kalau saya pulang sehingga awal pagi pun emak tahu. Tetapi emak sebagai orang yang berpengalaman menasihatkan saya tentang keselamatan dan sentiasa memantau keadaan saya.

Terbaru, saya jarang keluar rumah dimalam hari. Tidak tahu mengapa tetapi memang ini adalah kenyataan. Sememangnya kalau dahulu saya tidak keluar panas saja bontot duduk rumah. Mesti nak kene keluar juga. Paling kurang lepak mcD. Sudah cukup memadai. Bila malam telefon emak dan seperti biasa emak hendak tahu update saya dimana. Dan saya menjawab dekat rumah sudah hendak tidur. Emak seakan tidak percaya. Siap cakap tidak keluar makan ker? Masak ker dekat rumah? Ya memang saya sudah penat untuk berjalan-jalan dan melepak setiap malam. Cukuplah hujung minggu melepak. Tidak larat setiap hari.

Sekarang saya keliru. Emak saya begitu sporting sedangkan emak-emak yang lain tidak sedemikian. Mungkin ini cara untuk emak mendampingi setiap anak supaya segala benda saya boley kongsi dengan beliau. Dan sebenarnya saya selesa berkongsi setiap apa yang saya rasai bersama emak. Saya terharu dan bangga mempunyai emak saya.

Terima kasih emak,
Lebiu...

di saat aku mencintaimu

lagu nih ada orang bagi kat saya dahulu...

itu semua kenangan...

Saya baru approve kawan lama di facebook. Memang saya tak kenal beliau memandangkan beliau memakai nama lain. Dia adalah kawan lelaki masa di sekolah rendah saya. Memang musuh tradisi. Tidak boleh dekat ada saja bertekak. Maklumlah lelaki dengan perempuan. Memandangkan nama saya huda + fizikal saya yang kecil ini banyak sangat fakta yang boleh dijadikan bahan ejekkan beliau.
*kuda padi, kuda laut, kuda kepang, kacang kuda.
yang saya tak boleh tahan sangat beliau siap bawa gambar kuda datang ke sekolah. ishkk sangat tidak masuk akal..
masa rehat boleh dia beli kacang kuda dikantin banyak-banyak dan masuk kelas baling-baling kacang tu dekat saya. sangat biadap.
*katik, pendek, kecik.
memandangkan dahulu ayam katik adalah ayam yang mahal harganya beliau asyik mengejek katik dengan kuat dan ini memalukan saya dihadapan ramai jejaka lain. whooppsss..
Beliau juga suka menyakat saya sehinggakan menyorok beg sekolah saya dan seperti biasa saya perempuan melayu terakhir ini mengadulah dekat cikgu. Dan padahnya kawan-kawan beliau yang kene marah. Bukannya beliau orang yang melakukan aktiviti.. ( baru tahu sebab dia baru cerita di facebook )...
Kenangan, kenangan. Comel saja kenangan masa kecil kecil. tapi saya tidak boleh balik pada waktu itu. Waktu yang tahu main, tengok tv dan tidur. Happy!!!

price tag

sekarang ringtone BB saya lagu nih..
saja gedix nak beritahu..
maaf jika tidak menyenangkan
[Jessie J]
Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the tale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious!
Acting so damn mysterious
You got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good time.

[Pre-chorus]
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight...

[Chorus]

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag

Ain't about the (ha) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-BlingWanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

[Jessie J - Verse 2]
We need to take it back in time,
When music made us all UNITE!
And it wasn't low blows and video Hoes,
Am I the only one gettin'... tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now

Guarantee we'll be feelin
All right.

[Pre-chorus]
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight...

[Chorus]

[B.o.B]
Yeah yeah
well, keep the price tag
and take the cash back
just give me six streams and a half stack
and you can keep the cars
leave me the garage
and all I..
yes all I need are keys and guitars
and guess what, in 30 seconds I'm leaving to Mars
yes we leaving across these undefeatable odds
its like this man, you can't put a price on the life
we do this for the love so we fight and sacrifice everynight
so we aint gon stumble and fall never
waiting to see, a sign of defeat uh uh
so we gon keep everyone moving their feet
so bring back the beat and everybody sing
it's not about...

[Chorus x2]

[Jessie J -Outro]
Yeah yeah
oo-oooh
forget about the price tag


fitnah

Memfitnah: Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.

Mengumpat dan memfitnah adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam kerana kedua duanya boleh memusnahkan hubungan silaturrahim dan sekali gus merosakkan keharmonian kehidupan bermasyarakat. Maka bertepatanlah dengan ayat 191 surah al-Baqarah;

والفتنة أشد من القتل
Bermaksud: Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya dari daripada membunuh.

Saya difitnah, dituduh dan ini mengaibkan saya. Saya sakit saya pedih dan saya sangat jijik dengan orang itu. Tolong bertanya sendiri kepada saya daripada menjaja nama baik saya kepada kawan-kawan saya. Mujur saya punyai kawan yang baik dan tidak percaya khabar angin fitnah dusta beliau. Apa beliau tidak puas hati dengan apa yang saya ada sekarang? Apa yang beliau benci dan boley menimbulkan fitnah sebegini berat.
Saya punyai didikan sempurna oleh kedua orang tua saya. Arwah bapak dan emak saya memang tidak mengajar saya melakukan perbuatan terkutuk itu. Benci bila terfikir balik akan fitnah yang dilemparkan.
Sekarang saya tidak dapat terima segala kata-kata dan perbuatan beliau. Saya rasa jijik. Berbaik dengan orang tetapi belakang memfitnah saya. Saya percaya dunia ini bulat. Karma. Setiap perbuatan buruk kita Allah nampak. Allah ada disamping orang-orang yang difitnah. Hanya kekuatan sabar yang saya perlukan kini. Saya perlu tempuh juga dan kekuatan itu saya perolehi oleh nasihat mulia emak keluarga dan kawan-kawan baik saya.

Lebiu mak, keluarga dan kawan-kawan saya:)
Allah always know what u doing.