Mak

Tadi mak call. Masa tu aku tengah drive nak nk jumpa orang. Nak settle keje sebab aku cuti dua hari untuk minggu nih. Mak cakap pasal tempah baju. Mak cakap orang tu bley amik 2 pasang je. Kain yang lain tu tempah masa raja haji pulak.
Borak-borak dengan mak pasal kaki mak. Pastu mak cakap mak beli kismiss nabi. Mak cakap nak bagi dekat aku. Sebab aku mengadu kat mak, aku tak dapat ingat apa yang aku belajar. Jadi mak belikan untuk aku. Mak suh ingatkan dia nanti balik amik. Takut mak lupa. Semalam pun mak lupa nak kirim dekat kakak aku.
Aku terharu. Sehingga kini walau aku bekerja mak tetap nak bantu selagi boleh. Mak buat aku menangis tadi. Mesti kurang jerebu kat shah alam tadi. Hehehe

Bertahan

Susahnya kalau sesuatu terjadi tetapi kita tak merelakannya lagi. Sering menafikan walau hakikatnya jelas lagi nyata. Aku tak faham kenapa hati aku degil sangat. Tak tau nak sental dengan apa lagi. Minum clorox nanti putih mata pulak nanti. Aku sering berazam. Tapi azam itu memang takkan bertahan. Mesti terfikir lagi. Mungkin aku patut cari insiatif lain. Kuatkan semangat dan jiwa raga aku. Insyaallah...

mak sakit.

Semakin dekat final semakin aku malas. Malas segala benda. Aku macam redha jer. Tapi bila jumpa boss aku, dia bagi aku semangat. Semangat untuk aku hilang sifat malas. Lepas tu aku jadi rajin balik. Tapi sekejap jelah. Mat jenin kan?
Baru-baru nih, mak aku bagitau dia sakit kaki. Mak cakap tak larat sangat. Siap merangkak nak pergi belakang. Bila aku dengar aku macam nak terbang balik perak. Nak sampai rumah masa tu juga. Tapi mak cakap mak okey. Mak cuma tak larat sebab baru balik dari vacay dengan kawan-kawan dia. Banyak sangat berjalan dua tiga hari. Lagipun malam sebelum tu mak terjatuh sebab kejar torez. Dia main kejar-kejar dengan mak aku.
Malam esok adik beradik aku balik perak. Aku tak boleh sebab tuntutan kerja dan belajar. Aku telefon mak. Minta maaf sebab tak dapat balik dalam masa terdekat. Mak cakap tak payah balik sebab mak dah okey. Dah boleh pergi dengar mengaji, pergi market, buat kerja kat luar. Lagipun mak dah ada ubat. Mak dah sapu minyak. Aku sedih. Mak aku sentiasa nak nampak sihat. Tak pernah nak menyusahkan anak-anak. Bila anak minta tolong insyaallah dia tolong.
Aku sedih. Aku risau kalau aku tak dapat tumpu dengan belajar sebab teringa mak. Aku nak sangat balik. Tapi kerja kena siapkan. Bila aku janji aku akan balik awal masa nuzul quran dan teman mak aku sebab aku dah habis exam dan komitmen kerja dah kurang, mak aku jelas gembira. Sebab ada orang teman berpuasa bersama. Sebab sekarang nih sejak semua anak-anak bekerja mak aku puasa sorang-sorang. Siap pernah cakap tak lalu nak makan. Nak masak asyik teringat anak-anak. Sebab setiap kami adik beradik mak tau favourite food kitaorang. Mak tanak masak sebab takut terkenang kitaorang.
Insyaallah minggu selepas exam tamat aku akan ikhtiar cuti. Aku nak teman mak aku. Sebab aku dah tak ada sape-sape melainkan keluarga aku. Mak dengan adik beradik aku. Dorang semua harta tak ternilai aku. Aku tak sanggup kehilangan harta aku nih.
Aku sayang mak aku. Sayang sangat.
Moga mak cepat sembuh.
Lebiu mak.

Peperiksaan

Economic
Financial
Information Technology 
Semua tu bab yang masuk final. Satu apa aku tak mulakan lagi. Aku tak faham macam mana nak mulakan. Yang aku tahu nak tunggu carry mark. Sebab nak tahu bab aku aku kene amik perhatian. Huishh exam, aku benci kau. Sebab kau otak aku penat. Penat nak fikir menghafal. Penat nak fikir kira-kira. Habis-habis aku pulak fed-up kena fikir semua tu.


Luahan aku sebagai pelajar tua kat kelas tu.

Selamat Hari Bapa

Aku sekarang bila bercakap pasal bapak memang aku sensitif. Tak tahu kenapa? Aku sedih. Sedih yang amat sangat. Aku dah hilang dia sejak tahun 2006. Dia amat aku sayang. Memang. Sayang sangat. Dulu aku rapat sangat dengan dia selain mak aku. Aku anak bapak. Adik aku anak mak. 
Masa aku kecik aku memang akan berkepit dengan bapak. Mak aku cakap aku pandai amik hati bapak. Macam anak buah aku sekarang amirah damia. Sebab dengan perangai aku nih bapak aku memang selalu melebihkan aku. Pantang aku minta apa Insyaallah bapak aku tunaikan. Masa kecik mintaknya buku bukan mintak gelang emas seribu dua ringgit kan? Masa raya wajib aku akan dapat baju raya sama banyak dengan adik aku takpun aku akan lebih sikit. Aku kan manja mestilah pandai bodek :)
Banyak orang cakap aku banyak ikut muka bapak aku. Terutamanya hidung. Pheiiww.. Masa kecik-kecik aku suka cium ketiak bapak aku. Bila bapak balik ke rumah terus lari kat dia. Dan akan cium pipi dia dan akan cium ketiak terus duduk bawah ketiak. Mestilah boleh sebab aku kan kecik je dulu. Muatlah bawah ketiak bapak.
Impian aku bila besar, aku nak balas jasa bapak aku. Tapi aku tak sempat. Dia pergi sebelum aku bekerjaya. Dia pergi semasa aku semester terakhir. Sedih, sentap dan sakit. Impian aku tak tercapai. 
Aku harap bapak aku bahagia disana. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Syukur aku dapat merasai kasih sayang seorang bapak walaupun tidak lama. Kasih sayang yang tidak terhingga dari 23051985 sehingga 20082006. Alhamdullillah. Semoga doa dan apa yang aku buat atas niat untuk arwah bapak Allah makbulkan. 
Aku betul betul rindu sangat kat bapak aku. 
Dia lelaki yang tak pernah aku kecewa sebab sayang dia sangat-sangat.
Semoga dia bahagia disana. Al-fatihah.

assignment

Aku ada assignment. Tapi masing-masing tak ada selera nak buat. Alasan dah nak final tapi nak bagi assignment bagai. Perbualan biasa kami berdua.
aku : nadd aku dah suruh geng kita tak yah buat. sebab kita semua dah terlepas due date. Mesti dia tak peduli jawapan kita.
nadd : Aku memang tak nak buat.
Dua jam kemudian.
aku : nadd dorang buat kot. Sebab takut kena marah dekat kelas nanti.
nadd : ko buat dulu. aku nak iron baju dulu.
aku : ok aku mula dulu.
masa tengah buat aku membebel.penatlah nak lukis diagram.penatlah nak jawab study case nih...$&&0/"('@"!'
sejam kemudian
aku : nadd aku dah siap. bila ko nak mula
nadd : aku malas buat. saja suh ko buat sebab tanak ko bebel yang lain dah buat.
aku : €<£|+\+]*}<'?£,.£{#£>££

BBA : My 1st final exam

Tak sampai sebulan dari sekarang aku akan menjawab peperiksaan akhir semester pertama. Memang aku seram. Seram sebab satu habuk yang belajar tak masuk dalam kepala otak nih. Tetiba last class ahad lepas lect dok asik brief pasal exam. Bila borak dengan kawan-kawan dorang sibuk study sampai ke subuh. Aku lepas azan subuh baru bangun tidur sebelum jam 11 malam dah sibuk nak tidur. Acaner tue?
Alhamdullillah aku punya markah untuk test one masih dalam kelompok kawan-kawan. Tak adalah jurang sebatu dengan mereka mereka. Kalau tak mesti aku lagi sedih. Sekarang pun dah rasa diri sangat sedih kot. Aku tiba tiba makin risau pasal exam. Memang sangat risau. Tapi setiap malam lepas makan mesti pegang ipad sebab main candy crush. Kawan aku cakap kalau ipad tu ganti dengan buku lagi baik. Sekurang-kurang sejam kena pegang buku. Bukan esok exam rini nak jelajah semua bab.
Masa last class economic aku rasa otak aku memang kosong. Aku tak dapat bagi fed back balik dekat madam. Tapi kawan-kawan aku yang lain semua berebut-rebut nak menjawab. Pandainya mereka semua tu.  Balik kelas terus aku tengok buku. Belek-belek tak faham tanyalah dorang semua. Semua aku tanya semua boleh jawab. Tanpa buku depan mata okeyh. 
Moral of the story : aku kena gandakan bacaan dan hafalan aku untuk test ini. Kalau tidak lingkup aku untuk semester pertama.