antara mak, kerja dan belajar.

Aku cuba jadi terbaik disebabkan sebelum ini aku tak pernah jadi yang terbaik. Tak pernah. Jadi aku berusaha. Aku pisahkan dunia sosial aku dengan hanya menatap buku. Buku sekolah. Aku cuba jadi pelajar yang bersusah payah bersengkang mata.  Menghafal hingga ke larut malam. Membuat latihan apabila otak tak boleh terima untuk hafalan aku. Memang susah. Memang payah. Bila bergelar pelajar E-PJJ.  Aku cabar diri aku. Aku mahukan keputusan yang terbaik untuk kali ini.  Persediaan untuk ujian pertama aku memang mulakan awal. Sehari selepas pensyarah beritahu tarikh ujian. Pulang dari kerja aku tidak berlengah seperti dahulu. Semua benda aku siapkan dengan kadar segera. Tanggungjawab terhadap Allah, keperluan perut aku dan kekemasan bilik. Selepas segala siap, terus aku hadap buku. Hafal dan terus menghafal. Membuat nota ringkas supaya senang menghafal di mana saja. Bukan toyol yang aku perlukan untuk ujian kali ini.

Pada hujung minggu waktu cuti aku tidak bermakna lagi. Ada saja kawan-kawan belajar aku ajak berbincang. Mereka semua adik-adik aku. Tapi aku hormat mereka kerana mereka lagi banyak ilmu dari aku. Mereka masing-masing boleh bahagikan masa mereka. Antara kerja + belajar + bercinta. Tapi aku pegun bila aku jadi pelajar. Aku selalu tensi bila aku tak dapat nak menerima apa yang aku belajar. Aku strugle. Sampaikan aktiviti lama aku lupuskan. Segala rancangan televisyen, movie di panggung, melepak mamak tengok bola dan jalan jalan cuba makan tak ada lagi untuk aku. Memang aku ketinggalan. Makan pun nasi bungkus. Kalau rasa otak tak dapat terima barulah makan dikedai.Tu pun sebab nak beri ruang otak berehat. Aku cuba menghargai walau seminit masa berjalan. Kawan serumah aku terus mahu menyambung pengajian disebabkan aku.

Selesai ujian pertama aku kecewa. Aku lebih memberi ruang terhadap hafalan aku sehingga aku lupa tentang ujian penggiraan.  Untuk kesemua ujian pertama aku rasa aku gagal buat yang terbaik. Benar-benar kecewa.  Aku mengadu dengan mak aku. Terus aku rasa nak balik kampung sekarang juga Aku dah lama tak ziarah kubur arwah bapak aku. Aku dah lama tak jenguk rumah dikampung Mak aku yang selalu datang sini jenguk anak-anak. Tapi mak aku selalu berlapik cakap. "Mak datang sini sebab ada family gathering". Tapi aku tau mak aku rindukan anak-anak berkumpul di rumahnya. Dulu setiap hari aku telefon mak. Sekarang dua tiga hari aku baru telefon mak. Kadang-kadang mak call aku tanya aku ada call dia ke tak. Sebab ada miscall. Bila aku jawab tak mak terus cakap nama orang lain. Selepas tu, aku berborak dengan mak. Mak banyak bercerita. Ceritakan segala hal. Lebih sejam bercerita.  Bila aku borak dengan akak dan adik aku. Mereka pun katakan perkara yang sama. Sekarang bila aku fikir-fikirkan balik sebenarnya mak aku perlukan kami semua. Tapi kami semua terlalu sibuk dengan pelbagai hal. Sampai abaikan mak.

Harini, bila aku beritahu aku nak balik kampung hujung minggu mak aku jelas gembira disebabkan perubahan pada nada suaranya. Aku perlu balik untuk gembirakannya. Mungkin ini hikmah bila aku kecewa terhadap ujian pertama, aku baru teringat hal yang selama ini aku lupa buat. Aku perlu hiburkan mak aku. Sebab mak aku perlukan anak-anaknya. Aku sayang mak aku. Mak aku hanya seorang.
Puan Normadiah.

limameiduaributigabelas

Hujan datang lagi. Datang untuk menyuburkan tanah. 
Pilihanraya datang selepas lima tahun menyepi.
Tapi kali ini, aku tidak dapat menunaikam tanggunghawab sebagai rakyat Malaysia.
Kenapa lah 5hb dipilih.
Aku tak dapat balik kampung lah macam ni. 
Nak mengundi nak rasa rakyat malaysia yang prihatin terhadap masa depan negara.
sob sob sob

Kuatkan semangat

Benda yang tak boleh elak kita kene tempuh. Tempuh dengan pelbagai senjata. Seperti mana G I Joe punya misi. Berusaha kumpul orang untuk menentang musuh negara. Aku sendiri benda yang memang nak elak sangat dalam diri aku tapi aku kene hadap. Hadap sebab memang tak boleh lari dah. Segala alasan tidak akan diterima. Aku harap aku berjaya tempuh juga benda tu dalam masa terdekat ini. Doakan aku. Insyaallah.
Dan semestinya benda kedua aku kene tempuh adalah pelajaran aku. Aku ingat takkan ada stress yang kuat dalam hidup aku tapi aku silap. Memang banyak aku perlu korbankan. Terkini aku sudah tidak boleh balik kampung sesuka hati. Mesti kene tengok schedule aku dulu. Kalau bukan kelas aku ada discussion dengan kawan-kawan. Dorang tu semua adik-adik aku. Muda sangat. Ada pulak yang lagi muda pada adik aku sendiri. Ya ini langkah lecturer nak memamtapkan ukhwah sesama kami mungkin. Kalau sehari aku tak sentuh bahan belajar aku akan rasa pelik. Beg merah yang besar tu aku akan isi dengan pelbagai bahan bacaan aku. Taknak hafal tengok langkah kira. 
Aku selesa dengan stress aku sekarang. Bila aku stress aku takkan fikir benda-benda bodoh yang selalu aku fikirkan dahulu. Ada saja masa terisi. Terkadang rasa cepat masa berlalu. Memang aku akui cepat sangat umur aku nak berubah. Haiiihhh....
Tapi aku tetap sama. Sama suka buat perangai yang orang jelek. Sampaikan sorang budak tu berhenti tengok tingkah aku. Bila aku perasan dia terus tanya sorang classmate kitaorang. Aku tak jawab tapi soal benda lain kat dia. Aku kena hati-hati lagi lepas nih. Kalau tak kantoi lah. Aku kan kakak kenalah tunjuk diri ni baik. Hahaha