premium diet plus fibre

Jamu / supplement di Indonesia sangat terkenal. Sejak meningkat umur 12 tahun memang kanak-kanak disana mengamalkannya. Tetapi disini tidak tersebar dengan luas untuk kanak-kanak berumur 12 tahun pada era saya. Saya tidak pernah tahu tentang kewujudan jamu sehinggalah ke menara gading. Cetekkan ilmu pengetahuan saya. Krim muka dan pencuci muka saya pakai semasa saya berada di tingkatan empat. Tetapi losyen memang saya amalkan dari sekolah rendah lagi. Bak kata orang utara KUNO.

Saya dilarang oleh emak untuk mengambil jamu. Takut ada kesan sampingan. Saya hanya jadi peneman kawan saya untuk membeli jamu. Sama ada jamu anak dara (bagi yang belum berkahwin) dan jamu mak dara (bagi yang sudah berkahwin).

Tetapi sekarang berat badan saya meningkat dan saya tidak bermaya. Selalu letih. Kawan pejabat saya menyarankan saya mengambil jamu. Jamu MAK DARA (brand) untuk anak dara. Tak risau untuk mengambilnya kerana ia pil.

Saranan kawan saya membuatkan terfikir untuk membeli. Emak suruh ambil dalam bentuk serbuk. Muka kembang kerana mendapat izin dari mak. Semalam ke kedai mencari jamu untuk menguruskan diri. Saya mencuba produk dari D'herbs. Percubaan pertama saya didalam hidup saya selama 26tahun belum masuk 27 tau. Produk ini berunsurkan buah-buahan.

PREMIUM DIET PLUS FIBRE
KHASIAT :


  • Membuang lemak yang tidak diperlukan badan.
  • Antioksidan dan menyahtoksik dalam sistem pencernaan.
  • Mengurangkan selera makan dan memberikan rasa kenyang sepanjang hari.
  • Membantu mengecilkan lengan, pinggang, punggung dan peha.
  • Membantu mengempiskan perut yang buncit.
  • Sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita.


  • KANDUNGAN :
    1. Wheat Fibre bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.
    2. Oat Fibre terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.Ia juga bersifat rendah lemak secara semulajadi dan bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.
    3. Apple Fibre serat yang terkandung untuk melancarkan fungsi pencernaan.
    4. Physillium Husk kaya dengan fiber. Secara traditional, ia digunakan untuk mengatasi sembelit. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.
    5. Senna Leaf dapat menghilangkan sembelit. Ia sangat efektif dalam melarutkan lemak dan racun untuk mengembalikan kesegaran tubuh.

    InsyaAllah saya harapkan usaha saya ini berhasil. Saya selalu hangat-hangat taik ayam jer. Kene akui sebab itu kenyataannya. huiishhh.....

    No comments:

    Post a Comment