komuter

Saya tidak tahu mengapa komuter yang sudah dinaikkan tarafnya dari 3 gerabak kepada 6 gerabak dan komuter telah menambah komuter baru masih lagi dibelenggu dengan masalah KELEWATAN. Masih tiada perubahan sebenarnya. Memang akui menaiki "My komuter" adalah lebih selesa berbanding komuter yang lama.

Sebab itu, saya dahulu pengguna komuter yang tegar kini beralih arah untuk memandu sahaja. Bayangkan kita terkejar-kejar hendak menaiki komuter tetapi selepas membeli tiket terus menunggu komuter selama 30 minit dan lebih. Kenapa tidak hendak mengurangkan perbezaan masa dari satu train ke satu train yang lain. Semasa mula-mula bekerja perbezaan masanya adalah 15 minit. Selepas itu dilanjutkan kepada 20 minit. Dan dilanjutkan lagi kepada 30 minit. Tetapi sekarang kenapa terasa lebih dari 30 minit. Menunggu itu penderitaan buat saya.

Sekarang stesen yang berhampiran rumah saya sedang dinaik taraf. Amat bangga kerana nanti sebelum ke tempat kerja bolehlah saya menapau / mengisi perut saya yang kecil. Berjalan dibawah laluan penjalan kaki yang berbumbung. Tempat letak kereta yang lebih selesa dan teratur. Tetapi kalau komuter asyik delay macam mana? Minta sangat ada perubahan servis.




No comments:

Post a Comment