Alhamdullillah selepas dua bulan saya semakin selesa memakai dan mengayakan tudung kepala. Sebelum ini saya takut tidak kuat untuk terus bertudung. Takut tidak sampai berapa lama saya mula menanggalkannya balik. Saya pernah mengajak kawan saya untuk bertudung (hanya mencuba). Bila tiba harinya saya tidak melakukannya.
Berhijab biarlah dengan hati yang tulus, tidak ada paksaan mana-mana pihak, dan niat ikhlas melakukan untuk menunaikan kewajipan sebagai orang muslim. Terus terang saya katakan selepas berhijab jiwa saya semakin tenang walau saya tidak ramai kawan disekeliling saya. Saya semakin pandai membawa diri dan semakin matang dalam menguruskan keaadan hati dan jiwa saya.
Alhamdullillah saya bersyukur dengan hidayah yang dikurniakan oleh Allah terhadap saya. Saya berharap masa akan datang saya kekalkan imej seperti ini.