hadiah buat emak

Alhamdullillah sabtu lepas saya dengan kakak mencari hadiah buat emak. Setelah berbulan-bulan mencari kami telah mencapai kata sepakat. Handbeg Charles and Keith telah menjadi pilihan kami. Moga emak turut gembira dengan pilihan beg tangan tersebut.

chocolate chesee cake

Jumaat malam teman budak rumah belajar membuat kek. Sedapnya kek yang dibuat bersama. Tetapi malangnya peralatan semua itu tiada dirumah bujang kami bersama.

Bahan-bahannya :
Tepung Kek
Butter
Serbuk coklat
Gula halus
Telur
Cheese

Senang tetapi mengambil masa yang lama dan terpaksa mengawal keadaan kek tersebut. Maklumlah cheese diatas takut hangit.

Gambar tidak sempat diambil disebabkan kek tersebut sudah dihabiskan oleh kami semua.

SIFAT

Sekeliling kita banyak ragam banyak kisah. Ada kawan saya mengadu tentang kawan beliau yang begitu bersifat pentingkan diri. Memang, kita tak akan sedar apa yang kita buat sampai ketahap mementingkan diri sendiri.
Saya juga ada kawan begitu. Kawan yang mementingkan diri dan memeningkan kepala otak saya. Bila saya tegur mengenai sifat beliau dengan slumber biawak menemplak saya pula. Ok saya ada tahap kesabaranya. Diam lebih baik. Biar beliau bahagia dengan perangai penting diri + bodoh sombong itu. Mahu dibenci beliau kawan saya. Kene cari altenaltif lain menegur peragai beliau. Orang seperti ini tidak boleh lawan dengan api. Harus cari air ditambah pula bantuan angin.
Saya tak tahu apakah bahagia sangat pentingkan diri sendiri?
Bahagiakah mempunyai sifat bodoh sombong?
Saya tahu manusia semua tidak sempurna. Saya juga tidak sempurna. Masih banyak kekurangan. Tetapi, kita haruslah belajar dari kekurangan kita, kesilapan kita. Saya gembira bila mana ada seorang kawan saya menengur perangai saya. Perangai buruk saya. Sebab orang yang menegur kita orang itulah sejujurnya menyayangi kita. Macam mak bapak kita. Marah kita pukul kita untuk kebaikan kita semua.
Saya sayang kamu teman....
Haiiihhh

Menjelikkan!!!!

Keadaan meluat tidak dapat saya tangkis. Amat meluat dengan bf gadis itu. Tolong hormat orang awam boleh tak? Ok tenang. Nampak gaya saya macam terlebih meluat akan lelaki itu....

Dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki komuter kegemaran warga pekarja LCS seperti biasa saya akan menuju ke coach wanita. Maklumlah bau lelaki amat tidak sesuai halwa hidung saya. Maaf... Tiba-tiba sepasang kekasih dua sejoli menaiki coach wanita. Takper abaikan, tidak menjadi kudis untuk saya.  Keadaan dalam train itu sunyi dan tidak ramai orang. Saya berhadapan dengan kekasih itu. Seperti biasa saya akan abiskan masa bermain sodoku.
Stesen ke stesen, orang keluar masuk...Keadaan sesak dan bingar...
Akibat tension soduku tidak dapat diselesaikan saya meluaskan pandangan dihadapan. Boleh pulak saya terlihat aksi-aksi bf meminta untuk berpegangan tangan dikhalayak ramai sambil kepala dilentokkan di bahu gf beliau. Ada lagi babak-babak yang terpaksa saya tidak nyatakan. Maaf, saya bukan iri terhadap aksi itu, tetapi semua mata memandang kepada mereka bukan saya seorang. Makcik-makcik tua, budak-budak kecil semua melihat. Si gf malu dengan aksi mesra terlebih yang ditunjukkan oleh bf beliau.

Boleh tak lelaki zaman sekarang menghormati orang awam?
Boleh tak lelaki zaman sekarang bersifat cool? (kerna saya suka lelaki cool.hehehe...)

takers

06 nov 2010 (saturday)
midvalley bangsar

Niat sebenar mahu menjengguk charles and keith yang dikhabarkan ada membuat diskaun lumayan. Tetapi hampar apabila diberitahu 12 november ini baru bermula. Tetapi terlebih dahulu membeli ticket TAKERS dan menjamu selera. Wayang start pukul 4:15pm dan ada masa menjamu mata di pelosok mall ini. Penat tapi nasib kaki masih boleh bertahan dan bertenaga bila menonton. Waaauuuu amat handal gaya merompak mereka. Mempunyai strategi yang terbaik. Amat bergaya perompak-perompak itu. Kalah polis-polis. Selekeh amat. Disini ada menitikberatkan sifat setia kawan. Kagummm....
TAKERS
sila tengok dipawagam berhampiran.

currypuff

Sudah boleh kembang sebab saya berjaya membuat kuih kegemaran saya. Senang sahaja buat intinya.[walau sedikit masin] percubaan pertama berjaya. Tapi bab nk kelim kuih itu amat memakan masa. Mujur kakak saya pandai melakukanya. Thankz kakak.

Saya amik resipi daripada emak saya. Resipi yang paling mudah dan paling cepat dilakukannya.

Bahan A :
Tepung, Mentega [didihkan] dan sedikit air panas.
Gaulkan dan biarkan ia kembang.

Bahan B :
Kentang [potong dadu]
rempah kari rempah sup [gaulkan dan sebatikan] 
bawang putih dan bawang merah [hiris halus]
Udang.
Tumis bawang sehingga garing dan masukkan rempah tersebut.
Selepas rempah masak masukkan udang dan biarkan sehingga udang masak.
Selepas itu, masukkan kentang. Kalau kentang tidak empuk lagi tambah air.
Biarkan sehingga sebati.
dalam kuali
 abaikan kehangitan itu. terleka sebentar.