Misi baju kurung moden

Sebelum ni aku penah berniat nak belajar jahit baju kurung moden. Tapi niat tu tinggal niat. Tak pernah usaha untuk belajar. Baru-baru ni aku bercuti dengan keluarga ke vietnam. Tengok tempat orang, tengok keadaan mereka yang susah supaya kita insaf diri mensyukuri apa yang kita ada sekarang. Sampai je sana aku terus berpinar mata. Banyak sangat kain yang aku berkenan. Aku taktau kenapa diri aku tak dapat kawal nafsu membeli. Kesimpulannya banyaklah kain cotton aku rembat untuk diri senirik. Belum lagi tolong belikan dekat kakak ipar, sedara mara dan kawan-kawan. Aktiviti hari-hari membeli. Tak fikir lain. 
Sekarang pening kepala nak tempah kain. Kalau sepasang RM55 ni ada dekat 10 pasang. Belum kain-kain adik beradik aku yang lain. Dorang pun sekepala dengan aku. Malah lebih kot dari aku. Fikir-fikir aku nak jalankan misi aku. Misi yang pernah aku abaikan. Aku google kelas jahitan. Alhamdullillah aku jumpa kak sada. Kak sada banyak beri tunjuk ajar bagaimana ukur badan, buat pola kain, potong kain dan teknik jahitan. Rupanya bukan mudah nak menjahit. Aku fikirkan mudah saja. Patutlah kak ani kampung aku tu charge RM55 sepasang. Kalau dekat sini (shah alam) paling kurang RM90. 
Ada dua kelas. Sangat tekun aku belajar. Dan alhamdullillah hasil aku belajar aku boleh siapkan sepasang baju kurung moden yang selesa aku pakai. Baju tu memula aku jahit agak besar. Balik rumah aku tetas balik dan jahit sebijik macam baju yang aku tempah. Okey terover puji jahitan sendiri. 
Aku saja jer promote kat adik beradik, sepupu dan kawan-kawan. Alhamdullillah respon dari mereka sungguh aku terharu. Ada yang berkira-kira nak buat tempahan. Harap jahitan kedua aku menjadi lagi.

No comments:

Post a Comment