buat sahabat

Ditujukan buat sahabat aku yang tak jemu-jemu dengar bebelan aku. Kau memang terbaik. Aku sayang kau sangat-sangat. Aku pernah menangis depan kau. Dan selalu sangat aku share masalah aku yang tak berkesudahan ini. Bila aku sedih kau buat aku ceria. Gelak sampai tak sedar orang keliling. Kau tak pernah terasa bila aku marah-marah kau. Kau sanggup luangkan masa demi menceriakan aku seperti dulu. Aku sungguh menghargai kehadiran kau disisi aku. Bila aku sedih dan masatu kau sibuk kau tetap dengar masalah aku. Dan bila kau free kau akan datang jumpa aku. Untuk bagi kekuatan. Dan kekuatan  itu amat aku hargai. Terima kasih. I love u.

Kuala Lumpur aku datang.

Kuala lumpur aku datang. Kisah Damia hendak jumpa lelaki idamannya. Puiiiiihh ayat tak boleh tahan..

Damia sebelum ini (setahun setengah) dia sangat sukakan pakciknya bernama Rayyan Aiman. Pantang rayyan balik taiping mulalah senyum-senyum pastu pergi dekat rayyan main sama-sama. Orang lain tak boleh kacau kalau tak kena marah dengan damia. Kalau boleh tangan tu asyik nak pegang rayyan saja. Juga rayyan suka melayan damia.
Kini damia sudah empat tahun dan rayyan sudah tujuh tahun. Mereka baru jumpa kembali. Tetapi nama rayyan tetap damia ingat. Rayyan pun sama ingat damia dengan ayah damia iaitu abang aku. Masa jumpa kali ini damia malu-malu kucing. Jadi rayyan mengusik aqeef. Yelah sapa suh damia jual mahal. Lama-lama mereka bermain sama-sama. Siap rayyan kene ikut balik rumah. Dirumah mereka main kawin-kawin. Kelakar sangat. Damia jadi emak, rayyan jadi ayah, aqeef jadi anak lelaki dan chacha jadi anak perempuan. Siap panggilan sayang dan abang kot....
Rayyan pulang kL. Damia masih di ipoh. Kebetulan hujung minggu ada kenduri di kL. Emak ajak mia datang kL. Dia memang jarang ikut orang dah sekarang. Sebab dah pandai rindu ibu+ayah+adik-adik. Tapi bila sebut pasal rayyan terus semangat nak ikut. Memang tak sabar tunggu saat pergi kL.
Bila saja sampai kL celik je mata terus tanya rayyan mana? bila nak jumpa. Alahai anak buah aku. Makcik kau pun tak pernah tanggung rindu macam nih tau. Pernah aku tanya mia kenapa suka dekat rayyan. Jawab mia "RINDU".. Mak aiiii aku terkejut.
Mak aku cuma geleng kepala bila dengar cucu dia menggatal. Cepatnya dia pandai suka orang. Masa rayyan main gaduh-gaduh dengan budak lelaki yang lain, damia jadi pasukan sorak. Menyorak nama rayyan. Segala tingkah laku rayyan memang menjadi igauan damia. Tapi malangnya pabila damia dikL dia tak dapat jumpa rayyan. Itu yang membuat aku benar-benar terkilan. Kesian anak buah aku. Tape nanti masa akan datang kita boleh jumpa rayyan lagi tau. Jangan bersedih....

dugaan disember

Bulan disember aku rasa bulan sakit bagi aku. Sakit yang tanak kebah-kebah. Pantang kena hujan mulalah hidung nak bersumbat. Pastu tangan aku akan mula alergic. Tengok tangan senirik pun aku boleh geli. Tapi serius sakit gila terutama bila kena air+sabun.
Disember 2007
Aku demam teruk. Dah lah duduk senirik. Mak aku kat kampung risau sangat tentang kesihatan aku. Tiba-tiba aku ada bintik-bintik kesan kene gigit dengan nyamuk. Mujur aku bukan demam denggi. Klinik berulang kali aku pergi. Ubat sampai tak lalu makan. Muntah balik semua ubat yang aku makan. Aku cuti hampir dua minggu. Terbaring saja aku. Yang boleh aku telan hanya bubur McD. Boss aku suruh aku balik kampung. Takut apa-apa yang jadi. Bila balik kampung terus sihat. Demam rindu gamaknya.
Disember 2008
Aku demam. Tapi tak teruk. Ada waktu-waktu aku akan pening kepala tahap nak hantuk kepala dekat dinding. Aku MC seminggu saja. Tapi bila makan confirm muntah. Dah lah tade sape kat rumah. Masa tu aku memang sedih bila fikirkan aku seorang perantau. Masa tu susut badan aku. Positif juga tak payah susah-susah nak kurangkan makan. Dah kurus balik :)
Disember 2009
Aku tetap demam jugak. Tapi kali ini aku dipaksa makan dan hampir setiap malam aku kene berleter sebab ubat aku makan ikut suka saja. Pastu setiap jam telefon aku berdering sebab takut aku jatuh pengsan. Aku hampir jatuh akibat pening yang mencucuk-cucuk. Sakit oooooiiiii. Kali ni ada juga bintik merah ditangan aku. Terpaksa aku amik darah yang sememangnya aku takut jarum. Alhamdullillah takde demam denggi. Tapi aku dipaksa minum sup ketam dan minum 100 plus. Masa tue aku rasa air 100 plus paling tak sedap sekali. Jemu.
Disember 2010
Aku demam. Kali nih hampir dua minggu. Tapi demam kali nih macam pelik sangat. Dari pagi hingga tengah hari aku langsung tak boleh bangun. Muntah-muntah. Tapi bila petang keadaan dah nyaman aku kembali sihat. Tapi ada juga aku kena ke pejabat disebabkan tuntutan kerja. Settle kerja terus aku chow. Tapi nak buat satu transaction amik masa yang lama. Sebab kepala denyut-denyut. Memang menduga iman betul.
Disember 2011
Aku demam tapi tak lama. 2 3 hari saja. Tapi kali ini aku alergic teruk. Satu tapak tangan aku berair bisa. Pastu pecah-pecah. Memang kalau tengok tahap boleh muntah lah. Aku mula rasa sedih. Aku sudah tidak boleh makan seafoad macam dulu-dulu. Masa tu aku memang takut air. Muka aku memang aku tak cuci pun. Lagi sadis tapak tangan kanan saja yang sakit. So aku makan dengan sudu. Memang tak puas sebab aku dah biasa guna tangan. Tak berperisalah bila guna sudu. Belagak pun ada juga. Aku orang kampung dah sinonim dengan menggunakan tangan tau...
Disember 2012
Kali ini tangan aku teruk demam aku pun teruk. Tangan aku jadi kedua-dua belah. Aku bukan saja tak boleh makan seafoad malah ayam pun kalau aku makan mulalah gatal dan bisa sangat. Ikan pun ada jenis-jenis yang aku tak boleh makan. Masa ni aku dapat bayangkan betapa enaknya ayam kfc setiap kali aku lalu kfc depan UiTM. Aku hanya boleh pandang saja tak boleh makan. Tangan aku sakit nih dari bulan october lagi. Tapi makin merebak. Jadi aku jarang masak / buat air dirumah. Sebab aku tanak basuh cawan dan pinggan. Kesudahannya air kotak aku beli aku tunggang saja. Memang tak pernah sopan kan aku nih. Dan bulan nih demam aku teruk juga. Kalau pagi hingga petang memanglah kepala mencucuk-cucuk. Pantang kena hujan mesti bersin tak henti-henti. Aku cuti dari hari rabu. Sabtu ahad duduk rumah sebab kesihatan memang tak memuaskan. Aku pernah jatuh pengsan akibat bangun mengejut. Masa tue aku basuh kain. Aku jemur diluar rumah. Dan aku terus tidur sebab tak larat. Bila tengah hari guruh dah bagi signal. Aku terjaga. Terus aku pening kepala sangat-sangat sebab bangun mengejut. Aku paksa diri bangun sebab aku tanak kain baju aku basuh tue sia-sia. Penat tunggu mesin tue basuh tau. Jadi aku berjalan berpaut pada dinding-dinding rumah. Bila aku dah tarik penyidai tue aku naik atas. Sampai katil terus aku baring tak sedar diri. Pengsan. Dari tengah hari sampai ke maghrib. Memang tahap tak sedar diri masa tue. Hari isnin ke pejabat dengan demam masih bersisa tetapi selsema aku tak sembuh-sembuh. Siap bila jawab telefon tue sengau suara aku memang tahap kronik. Bila malam dada sejuk. Nafas aku tersekat. Pernah aku tidur duduk sebab bila baring aku memang tak boleh bernafas. Bila duduk pernafasan aku tak teruk tahap merbahaya. Klinik dah dua kali aku pergi. Tak baik-baik. Siap aku makan ubat budak rumah aku yang turut demam. Tapi still tak sembuh. Demam sudah sembuh tapi selsema masih kurang sembuh dan bila mana hujan dan keadaan sejuk hidung aku outomatik tersumbat dan dada aku sakit. Jangan lah ada sakit lain yang aku tak inginkan. 
Jadi kesimpulannya aku rasakan bulan disember adalah bulan sakit untuk aku. Sakit memang sakit sangat-sangat. Emak budak rumah aku cakap aku demam teruk sebab jarang demam. Sekali demam memang seksa. Aku tersenyum sebab memang benar aku terseksa. Sekarang pun aku sesak nafas. Dah pakai kemeja+jaket pun masih dada aku sesak. Dugaan aku. Cepatlah tahun baru. Aku tanak tempuh bulan dua belas. Penat!!!

Wreck It Ralph

Baru-baru ni aku tengok cerita ini. Niat sebenar nak tengok twilight tapi dah habis. Terpaksa tengok cerita ini.
Bila dah terpaksa tengok aku pun ambil endah tak endah lah. Sebab yang pasti takkan aku nak balik rumah sedangkan aku ni bukan senang nak merayau malam-malam. Dah keluar teruskan niat suci murni itu. kekeke.. Tapi bila dah tengok boleh pula tanak kelipkan mata. Besh. Tentang sinopsis cerita ini malas aku taip. Penat...
trailer cerita ini..
Bila lepak kedai makan, tiba-tiba borakkan pasal ralph. Terus masing-masing ketawa. Daripada lapar terus tak habis bihun aku. Kenyang gelak pasal ralph. Sebab yang nyata cerita ini macam sinonim dengan kehidupan aku. Agak-agaklah kau nak perasan kan huda oiiii. Tapi serius lebih kurang. Dengan watak ralph nya memang sinonim.. Tapi biarlah aku saja yang tahu mengenai persamaan cerita ini dengan hidup aku. Tapi sumpah kelakar tak ingat. Aku boleh gelak pontianaklah kalau tiba-tiba watak ralph dibualkan.
Tapi kenapa gambar felix dengan calhoun tade dalam poster. Sedih aku :( felix comel kot..

kerenah

Aku selalu menjadi pemerhati bila keadaan komuter yang ramai orang kiri kanan aku. Bulan disember cuti sekolah jadi banyaklah ibu ibu akan bawa anak-anak berjalan. Aku leka memandang group ibu-ibu dari utara (aku teka jelah sebab bahasa utaranya terlalu pekat) Masing-masing bawa anak sorang satu. Budak-budak dalam lingkungan 5tahun hingga 8tahun. Tiba-tiba aku terkenang waktu mak aku bawa kami semua pergi beli baju untuk raya dan buka sekolah. 
Dekat komuter yang baru dan cantik sekarang ini ada tv yang slalu sangat pasang tom and jerry. Sorang budak tu marah kawan sebelah sebab tengok dekat belah kiri. Dia suruh tengok tv belah kanan. Alasan tengok sorang satu. Budak yang kena marah itu jawab " tak syioooklah nak tengok tv nih. nak kongsi dengan hang boleh?" Aku senyum lebar-lebar mendengar perbualan budak kecil itu. Terus mak dia pandang aku. Aku stop senyum takut apa-apa pula mak dia fikir.
Okeyh, terbaru anak buah aku yang super hensem itu (yelah baru sorang je anak buah lelaki. so semualah dia yang super) telah berjaya dengan jayanya mengigit dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan di taska. Sampai lebam-lebam budak bertiga itu. Aku bualkan dengan adik aku mengenai aqeef. Dia cakap mesti lelaki tu nak rampas gf aqeef sebab tue aqeef gigit dorang yang perempuan tue tak setia sebab tue jugak kene gigit. Hehehehe. Okeyh kesimpulan yang adik aku buat yang terlalu menunjukkan aqeef seorang pecinta wanita!!!!
Saya yang berjaya mengigit 3 orang budak. Hehehe
Muhammad Aqeef Amsyar

Adakah benar?

Bila kawan-kawan menyoal mengenai jodoh aku selalu jawab aku nak lelaki yang gentleman. Yang jumpa terus cakap "saya nak khawin dengan awak". Alasan malas bercinta. Takut tak ada kesudahan. Itu yang aku selalu jawab dan aku sendiri yakinkan diri aku. Dan mulalah jawapan kawan-kawan. "kau gila, ntah-ntah lelaki tue saiko ker. Ni soal jodoh masa depan kau". Ada pula "tetiba kalau lelaki tu suami orang macam mana. sekarang ni suami orang pun gaya tak macam beristeri." Dan lagi "kau tak kenal dia. kalau lelaki tu tak bekerja pastu sikap panas baran macam mana?". Dan kata kawan baik aku  merangkap kawan yang ada bila aku susah (dia yang cakap bukan aku maksudkan) "Kau ingat ada lelaki macam tu. Lelaki sekarang ni pun ada sifat malu tau. Tak semua yang berani meluahkannya" Ni antara soalan-soalan kawan aku. Aku diam.
Aku percaya jodoh telah ditetapkan oleh Allah. Kalau aku dapat lelaki yang jenis diatas aku redha dan aku kena bersyukur. Kita yang corakkan hidup kita. Kena yakin itu. Tapi aku berharap sangat yang aku tidak mengambil suami orang. 
Terbaru, aku ada mengenali seorang lelaki. Tiba-tiba masa dia telefon aku terus dia tanya "berapa?" (tanpa salam dahulu. aipp biasa nih!!!) dan aku "haah" dan dia soal kembali "berapa?" aku blurrrrr... terus dia terangkan maksud dia "berapa awak letak hantaran awak nanti?" Okeyhh nak pengsan. Kita baru sangat-sangat kenal kot. Dah soal macam tue. Waraskah dia nih?
Aku berbual dengan kawan aku. Borakkan pasal lelaki ini. Terus kawan aku jawab "bagus, kau kan nak lelaki yang terus nak nikah dengan kau. lepas tunang/ikat barulah kenal-kenal. tak macam tu ker?" Aku terdiam. Kaget. wwwooooaaaaahhhh!!!!!
Kata-kata itu doa. Mungkin ini jodoh aku. Tapi sehingga sekarang aku mampu menepis bila isu ini dibicarakan. Sebab yang pasti aku dalam situasi KELIRU...

impian

Aku baru lepas mohon untuk sambung belajar. Kalau aku layak Insyaallah kelas aku start mac tahun hadapan. Sebelum ini aku tak pernah terfikir untuk sambung belajar. Aku apply pun sekadar suka-suka. Tak taruh harapan pun. Saja masuk alam yang pernah aku tinggalkan hampir enam tahun. Kalau dapat Alhamdullillah kalau tak dapat bukan rezeki aku. 
Hanya beberapa orang saja yang tahu aku apply. Aku diamkan saja. Maklumlah malas fikir. Hari ini kawan aku tiba-tiba tanya pasal permohonan aku. Aku mulai terfikir. Tiba-tiba aku terbayangkan aku kena beli table untuk senang aku belajar dengan sukses. Lepas tu, aku kena beli printer, pen warna-warna, note kecil-kecil. Macam best pula kan. Eisshhh tak sabar pula nak belajar. 
Jadi kepada cik pemprosesan UITM silalah ambil saya sebagai pelajar PJJ di tempat anda. :)

kawan

Dia seorang kaki perempuan.
Dia seorang kaki club.
Dia seorang kaki mengayat.
Dia seorang kaki bergaya.
Dia seorang kaki menipu.
Dia seorang kaki tiru.
Tapi dia kawan baik aku masa aku belajar. Dia jaga kami semua. Kalau mood aku tak elok dia mesti nak hiburkan aku. Dah masak sangat dengan perangai aku yang bermusim ni. Kalau jalan dengan dia kat luar kelas boleh lah aku belagak sikit. Sebab dia ketegori hensem. Bolehlah...
Tapi paling tak boleh lupa jasa dia apabila dia tolong aku bila aku mula kerja di sini. Negeri asing bagi aku sebelum ini. Segala berkaitan dengan pertolongan boleh beritahu dia. Dia memang ada disisi. 
Teman aku ke rumah kakak aku. 
Teman aku tengok movie.
Teman aku makan. 
Ambil aku di KL Sentral hantar aku shah alam patah balik gombak.
Tapi bila dia mula masuk belajar dan aku mula dah ada bf hubungan aku dengan dia terputus. Dia pun semakin berjaya tetapi semakin botak akibat tekanan belajar. Heheehe. Dia pernah ajak aku belajar sekali. Sebab ada kawan boleh beliau meniru. Tapi aku tanak. Otak dah beku masa itu. Kini aku dengan dia berhubung balik setelah beberapa tahun. Ini disebabkan atas satu makna. S-A-H-A-B-A-T.