tujuh belas tahun

Masa aku umur sebegini memang sedia maklum aku memang banyak mulut, kalot dan sombong dengan orang yang tidak kenal. hahaha... Kenangan itu aku kenang. Indah sekali. Zaman teknik dimana aku selalu ponteng kelas dan selalu pinjam buku lelaki kelas sebelah. Bila cikgu cakap di depan aku cakap di belakang. Partner dengar aku cakap segala bagai liza. Aku pernah kena tangkap masa meniru ujian ketiga (ujian tue proper gila kalah spm) aku pernah kena sebat tangan dengan cikgu aku dan aku pernah kene denda berdiri atas kerusi dan duduk di luar kelas. Pendek kata cikgu pun tak berapa suka dengan aku. Sebab, aku ni pemalas dan degil. Terukkan...
Aku pada umur tujuh belas tahun.

gambar

Sejak aku bertudung aku sudah jarang bergambar seorang diri. Aku jadi malu. Jadi tahun lepas hanya ada beberapa keping sahaja gambar aku. Tak pasti kenapa tapi memang kenyataan. Kalau tidak setiap minggu mesti ada jer gambar terbaru cari publisiti dekat mukabuku. Mungkin aku sudah bosan. Heheehee. Untuk tahun ini aku baru ada 3 keping gambar sendiri. Yang lain aku menempek saja takpun aku jadi jurufoto. Sebab apa aku bergambar. Sebab aku sudah ada instagram. Baru nak ada account orang lain dah bersepah kot weeeee.. Silalah follow aku  hudaabdulrazak. Ini dua keping gambar tak semenggah aku.. (tak tahu apa itu semenggah cari lah senirik.)
 Aku pada hari jumaat 25012013
Time keje nih.
Sebelum ke majlis perkahwinan aishah 26012013

hari besar aishah

Sabtu 26012013 merupakan hari besar sepupu aku norul aishah bersatu dengan pilihan hati faiz. Damia aqeef icha datang sini. Gamatlah rumah maktam aku. Dua hari sebelum damia datang sini dia pakai inai sendiri. Inai tiub. Habis comot jari dia. Bila aku tanya kenapa pakai inai comot. Dia jawab kakak nak kawen dengan rayyan. Gatai betul anak buah aku. Ingat nikah khawin ni semudah ABC ke?
Di sana beliau memang asyik berkepit dengan rayyan saja. Nak cari damia kena cari rayyan dulu. Masa aku kecik-kecik aku bukan macam tu kan? hehhehe....
Aishah memakai sepenuhnya busana ciptaan amir jauhari. Cantik...

*aku sebenarnya teringin sangat nak jumpa blogger yang aku selalu hadap blog dia hari-hari. Kak hidd mihat. Dia satu pejabat dengan aishah. Tapi malangnya dia balik awal. Hanya tulisan kad hadiah dia je aku tatap. Comelnya tulisan dia.
aku macam mak-mak yang mulut tak reti nak stop untuk bercakap.
masa nih icha tengah menangis tapi dalam gambar dia macam tersenyum.
comelll

Terima kasih Allah

Alhamdullillah hajat hati aku sudah tercapai. Kini aku boleh akses dihujung jari sahaja.
Terima kasih Allah diatas rezeki yang Kau limpahkan.

kelapangan akal

Payah untuk meninggalkan
Tetapi lega apabila tidak lagi mengenangkan.
Susah bila berhadapan
Tetapi selesa bila tidak ketemu.

Bagi aku sendiri aku selesa dengan apa yang aku lalui sekarang. Kerja balik kerja menonton. 
Hujung minggu berkemas. Pulang kampung bila berkelapangan
Tak ada merajuk, tak ada bergaduh.
Yang ada hanya kenangan.
Insyaallah jadual aku kini akan berubah bila sudah sampai seru.
Doakan aku.