lelaki perasan

Bila sifat perasan memang tak dinafikan perempuan adalah pemenangnya. Tetapi hari ini saya ketemu dengan lelaki yang sangat perasan. Walau bukan berhadapan tetapi cuma di telefon tetapi sungguh meloyakan tekak saya. Ya dia seorang sales marketing. Memang ayat power. Saya akui. Dia ada bertanyakan berkenaan produknya sama ada boss saya berminat untuk membeli. Sebelum ini dah 3 4 email dia kirimkan. Dan dengan tidak bersalahnya saya dengan bijak sekali menjawab "alamak terlupa nak bagi dekat boss" dan itu adalah kenyataan sebenarnya saya lupa untuk titipkan dekat boss. Dia hanya ketawa dan mengatakan saya cute. "Cutenya jawapan u" Dan perbualan berlarutan mempromosikan produknya. Dan akhir perbualan saya mengatakan saya takut lupa lagi untuk beritahu boss. Dan dengan ayat yang membanggakan diri "u takkan lupakan i, sebab ramai orang mengatakan i ni hensem jadi u takkan senang-senang lupakan i pernah call u, i kacukkan cina+india. Orang puji i hensem i hargai. Kalau menafikan nanti i tak hargai pulak. i perlu cakap amin... remember beritahu boss u tentang produk itu. You ingat tau i nih hensem". Selepas itu terus saya katakan PERASAN dan dengan perasaan tidak bersalah meletakkan telefon.

Tak ada kene mengenakan? 
Nampak sangat terlajaknya nak offer diri...
Sabarlah kau senah....

No comments:

Post a Comment