A life

Dalam kehidupan ada turun naiknya. Bila kita bahagia kita lupa dulu pernah derita. Lupa istilah ada pasang surut kehidupan. Aku pernah bahagia dan pernah derita. Pernah jatuh dan naik semula. Berkat kesabaran dan doa mak aku tak renti-renti aku seperti sekarang.
Jatuh,
Bangun.
Jatuh lagi,
Kuatkan untuk bangun.
Jatuh,
Jatuh,
Jatuh terduduk,
Nak bangun balik amat payah. 
Tapi cekalkan hati dan kuatkan semangat untuk bangun semula. Kembali kepada asal. Alhamdullillah.
Bahagia yang aku cipta cuma sekejap sebab aku mungkin tak pernah mensyukuri apa yang aku peroleh. Hanyut dengan apa yang ada. Lupa itu semua milik Allah. 
Kembali tenang. Fikir apa yang aku lalui. Semua itu telah mendewasakan aku. Ya aku semakin kenal kepada kehidupan. Realiti kehidupan manusia.

Perubahan mengajar aku erti dewasa. Dewasa dengan alam sekeliling dan hal-hal manusia. Kenal hati budi dan sentiasa berjaga-jaga dari pelbagai sudut. Bukan aku cerewet tapi cuma berjaga. Tak mahu aku jatuh balik. Sebab bila jatuh aku takut payah pulak aku nak bangun dan berdiri seperti sekarang. Sekarang aku akan cuba untuk berlari. Sebab aku dalam proses berjalan. Dan berlari mengejar cita-cita yang memang aku impikan. 

Tolong jangan jatuh dan jangan cuba untuk terjatuh.

No comments:

Post a Comment