Charity Climb

20112013 : Community service with rumah kasih harmoni


Semalam aku dengan kawan-kawan belajar menjemput anak-anak yatim dari rumah kasih harmoni ke Taman Cabaran Putrajaya. Tujuan diadakan bagi memenuhi task yang diberikan oleh pensyarah aku. Aku sebelum ni tak pernah terlibat secara lansung ataupun tidak dengan anak-anak yatim. Bila aku tengok mereka teruja masa sampai di sana aku sebak. Mereka semua mengikut kata. Segala arahan dipenuhi. 
Program yang diatur berjalan lancar. Alhamdullillah tiada sebarang kecederaan semasa melakukan aksi memanjat. Yelah budak-budak. Apa-apa yang terjadi dibawah tanggungjawab kami bersama. Dalam banyak-banyak aktiviti aku paling suka memanah. Sebab lantaklah ko panah kelaut sapa ada kisah. Tetapi bila bab memanjat aku memang gayat. Based on my experience aku kalau panjat jangan pandang bawah. Kalau pandang bawah memang aku takkan teruskan. Jadi semalam pun sama. Aku mula panjat masa adik-adik tu panjat. Pastu kawan kawan aku suh ketepi dan biarkan aku diatas. Tengok bawah terus kaku. Nak turun tak boleh dan nak teruskan pun tidak. Fikir-fikir terus aku kebawah dengan berhati-hati. Tahniah sue sebab berjaya naik sebanyak dua kali ke atas. Bangga dengan ko. Aku dan ayu separuh saja. Nad sibuk dengan panggilan telefon dari pejabat. Shaz pun boleh panjat tapi macam-macam dengar dia bebel. Laki sue yang paling happy. Asyik berlawan jer dengan bebudak tue. Tu antara kenangan paling happy aku. 
Bila aku bergaul dengan mereka aku dapat rasakan mereka kurang kasih sayang. Paling tersentuh bila syuhada duduk atas riba aku. Aku dapat rasakan apa yang dia rasa. Syuhada yang paling aktif bila memanjat. Aku sedih bila van mereka pulang. Aku memang sedih. Okeyh sebak.
Kami diawal pagi. Dibelakang kami anak-anak yatim baru sahaja tiba.

**Banyak lagi gambar kami bersama. Insyaallah aku akan upload gambar kami semua.


No comments:

Post a Comment