Perasaan

Hati aku tak tenang. Rasa takut. Rasa gementar. Selalu biasa saja. 
Rasa nak menangis. Rasa macam kena rotan berpuluh puluh sebatan. 

Dua malam berturut-turut aku terjaga dari tidur. Nak cakap panas. Cuaca sejuk sangat. Comforter tutup sampai bahu. Malam tadi aku terjaga dua kali. Jam 2:00 pagi dan 3:00 pagi. Masa 2:00 pagi aku tidur balik tapi bila jam 3:00 pagi aku bangun solat sunat dan solat hajat. Kasi hati tenteram sikit. Aku mohon pertunjuk. Paginya aku macam temu pertunjuk. Harap-harap berhasil. 

Awal tahun 2013, aku jumpa dia. Dia dengan kawan-kawan. Muka angkuh tapi ada manis. Esoknya, aku sengaja turun lunch, time yang sama. Aku jumpa dia lagi. Kali ni bertambah group members. Perempuan cantik-cantik. Selepas tu, aku tak pernah jumpa. Tak ada rezeki tengok muka manis beliau. Sebulan lepas tu, aku jumpa lagi. Bila dia tengok aku duduk kedai makan, dia terus keluar dari kedai tersebut. Macam tu bencinya dia dekat aku. Mungkin kebetulan. Be positive huda. Bila aku lalu depan dia, kawan aku macam pelik kenapa group dia pandang. Pandang serong mungkin. Dan aku tak pernah jumpa lagi. Baru ni aku nampak dia. Dia tengok aku tapi mungkin sekali lalu dan reaksi aku terkejut. Kaku jumpa dia lagi. Dah lama tak jumpa orang manis ni. Dua minggu lepas aku balik macam biasa. Berjalan lintas jalan besar ke kereta. Takdir temukan aku sekali lagi. Kali ni dia parking kereta dekat sangat dengan kereta aku. Aku senyum sampai tak boleh nak cover. Gediks kan. Dari pejabat sampai ke rumah aku senyum. 20 minit kot. Okeyh gila. Dan sekarang Alhamdullillah aku borak dengan dia dalam WeChat. Dia looked around aku. Dan hasilnya, aku selalu gementar...

Ok bai.
Takut tapi gembira.
Kaku tapi bahagia.

No comments:

Post a Comment