Salam Syawal

Aku cuti belajar terasa lama sangat. Dua bulan. Dah rasa macam dah dapat degree. Hahahaha...

Cuti ni aku macam biasa. Puasa lepas tu raya dan kerja dalam bulan syawal. Hujung minggu attend open house rumah cousin dan auntie. Mak aku datang sini masa merdeka. Disebabkan tiada siapa di rumah taiping, malam mak aku datang sini si pencuri tangan panjang datang mencuri. Tapi Alhamdullillah tade apa yang hilang. Dan aku bersyukur dia datang masa mak aku tade dirumah. Kalau tidak ketaq lutut aku dengar berita nih. 

Raya kami adik beradik meriah dengan keletah anak buah. Lebih-lebih lagi si icha. Dia pandai usik hati bagi orang sayang sangat dekat dia. Okeyh sekarang aku dah rindu dia. :( Ramai yang datang rumah kami. Rumah kami jadi gamat dengan gelak tawa dan menangis budak kecil. Aku suka suasana itu. Televisyen lansung tak layan. Dan bergambar pun tidak. Sebab sibuk benda lain. Mujur ada gambar kami amik di studio. Itu pun kebetulan selepas ziarah kubur bapak lalu depan kedai tu. So we decided untuk capture gambar sana. Barulah chantek. :) Kebetulan baju kitaorang semua sama. Kain aku beli hasil pergi bandung ritu hari. Damia paling comel dengan make up dia. 

Inilah keluarga aku buat masa nih.
Insyaallah akan datang bertambah besar.

Tahun nih, ramadhan damia sudah belajar berpuasa. Alhamdullillah dia tahan dugaan.
Tahun nih, icha damia aqeef kak dida dan hajar kena chicken pox. kesian mereka. Aku sempat cucuk. Alhamdullillah...

No comments:

Post a Comment