perasaan lama terasa.

Semalam aku buat assignment. Banyak sangat assignment yang lecturer bagi melalui iclass. Kami wujudkan satu group whats app untuk update segala assignment. Nadd dia nasihatkan aku jangan runsing. Settlekan satu-satu. Aku kelam. Tetiba dapat texted dari dia. Dia orang yang selalu aku rindu untuk borak bila aku kalot+kelam. Aku mengadu padanya. Dia cuba cool kan aku dan bawa mood aku kembali gembira. Aku dengan muka tak tau malu minta dia tolong aku siapkan assignment aku. Aku tanya soalan subject lain dan minta dia selesaikan dan aku buat another subject. :) Dah tentulah bab mengira aku yang selesaikan dan bab memerlukan otak aku tolak sepenuhnya dekat dia. Tapi masih cool dan jawapan dia so impressive. Aku kagum.. Ni aku lebih sayang dia. 
Dia seorang yang sangat tenang.
Dia seorang yang sangat pemalu.
Dia seorang yang rendah diri.
Bila aku dengan dia, aku boleh lupa sifat sebenar aku yang kalot.
Bila aku dengan dia, aku jadi seorang gadis melayu.
Bila aku dengan dia, aku suka pandang muka dia. Dan tentu dia akan tunduk tanda malu. 
Bila aku dengan dia, tak pernah dia story hebat-hebat. 
Bila aku dengan dia aku tak bosan.
Bila aku dengan dia aku selalu jadi juri tentang diri dia. 
Aku dengan dia baru berapa kali saja jumpa. Pernah jumpa berteman dan ada berdua. Bila aku dengan dia serius aku tak tipu aku rasa aku bukan Noorul huda tetapi aku orang lain. Mungkin terjangkit peragai dia yang tenang itu. Dia pernah borakkan dengan aku tentang kisah silam dia. Dan aku tak pernah nak buka kisah silam aku sebab aku rasa tidak layak untuk diingati. Bukan bagus sangat sejarah aku dulu kala. 
Dia bukan sapa-sapa dengan aku. Hanya kawan dalam list friend handphone. Kalau phone dia hilang dia tak tahu nak cari aku dekat mana balik. Sebab aku tak pernah beritahu dimana aku tinggal. Aku ambil langkah berjaga-jaga. Dan dia juga sama. Tak pernah aku ambil tahu dia tinggal dimana. Ada aku peduli?
Tapi sepanjang minggu lepas dia senyap tanpa khabar berita. Aku pelik. Tiba-tiba aku jadi rindu nak borak dengan dia. Borakkan hal semasa. Mana dia menghilang. Aku serius rindu. Pernah aku mengadu perasaan aku ini dekat kawan serumah. Dorang nasihatkan jangan fikir negatif. Sebab sebelum dia senyap sunyi aku ada marah dia dan perlekeh dia tanpa sedar. Sifat jahat ini memang susah nak buang. Pening.
Bila dapat texted dari dia baru-baru ini akulah insan paling happy di rumah. Senyum tak lekang. Borak punya borak dia tanya aku buat apa. Aku jawab jujur tengah buat assignment. Dia cakap tanak ganggu aku sebab takut aku rasa rimas. Aku jadi sedih. Terus aku reply cakap dia memang suka buat aku macam nih. suka buat aku rindu dia. Lepas aku sent text tu baru perasan yang aku ter-emo suka dia. Senyap tak ada respon. Terus aku cuci muka masuk tidur. Sentap sebab tak ada reply dari dia. Mana tahu sejam lepas tu dia msg  tanya tentang assignment. Malangnya aku dah selamat tidur dengan lena.
Dan semalam pertolongan dia memang aku hargai. Terima kasih kamu....
Dia lah orang yang boleh aku rasa balik perasaan lama aku yang sudah lama hilang :)

No comments:

Post a Comment