Kuatkan semangat

Benda yang tak boleh elak kita kene tempuh. Tempuh dengan pelbagai senjata. Seperti mana G I Joe punya misi. Berusaha kumpul orang untuk menentang musuh negara. Aku sendiri benda yang memang nak elak sangat dalam diri aku tapi aku kene hadap. Hadap sebab memang tak boleh lari dah. Segala alasan tidak akan diterima. Aku harap aku berjaya tempuh juga benda tu dalam masa terdekat ini. Doakan aku. Insyaallah.
Dan semestinya benda kedua aku kene tempuh adalah pelajaran aku. Aku ingat takkan ada stress yang kuat dalam hidup aku tapi aku silap. Memang banyak aku perlu korbankan. Terkini aku sudah tidak boleh balik kampung sesuka hati. Mesti kene tengok schedule aku dulu. Kalau bukan kelas aku ada discussion dengan kawan-kawan. Dorang tu semua adik-adik aku. Muda sangat. Ada pulak yang lagi muda pada adik aku sendiri. Ya ini langkah lecturer nak memamtapkan ukhwah sesama kami mungkin. Kalau sehari aku tak sentuh bahan belajar aku akan rasa pelik. Beg merah yang besar tu aku akan isi dengan pelbagai bahan bacaan aku. Taknak hafal tengok langkah kira. 
Aku selesa dengan stress aku sekarang. Bila aku stress aku takkan fikir benda-benda bodoh yang selalu aku fikirkan dahulu. Ada saja masa terisi. Terkadang rasa cepat masa berlalu. Memang aku akui cepat sangat umur aku nak berubah. Haiiihhh....
Tapi aku tetap sama. Sama suka buat perangai yang orang jelek. Sampaikan sorang budak tu berhenti tengok tingkah aku. Bila aku perasan dia terus tanya sorang classmate kitaorang. Aku tak jawab tapi soal benda lain kat dia. Aku kena hati-hati lagi lepas nih. Kalau tak kantoi lah. Aku kan kakak kenalah tunjuk diri ni baik. Hahaha

No comments:

Post a Comment