kerenah

Aku selalu menjadi pemerhati bila keadaan komuter yang ramai orang kiri kanan aku. Bulan disember cuti sekolah jadi banyaklah ibu ibu akan bawa anak-anak berjalan. Aku leka memandang group ibu-ibu dari utara (aku teka jelah sebab bahasa utaranya terlalu pekat) Masing-masing bawa anak sorang satu. Budak-budak dalam lingkungan 5tahun hingga 8tahun. Tiba-tiba aku terkenang waktu mak aku bawa kami semua pergi beli baju untuk raya dan buka sekolah. 
Dekat komuter yang baru dan cantik sekarang ini ada tv yang slalu sangat pasang tom and jerry. Sorang budak tu marah kawan sebelah sebab tengok dekat belah kiri. Dia suruh tengok tv belah kanan. Alasan tengok sorang satu. Budak yang kena marah itu jawab " tak syioooklah nak tengok tv nih. nak kongsi dengan hang boleh?" Aku senyum lebar-lebar mendengar perbualan budak kecil itu. Terus mak dia pandang aku. Aku stop senyum takut apa-apa pula mak dia fikir.
Okeyh, terbaru anak buah aku yang super hensem itu (yelah baru sorang je anak buah lelaki. so semualah dia yang super) telah berjaya dengan jayanya mengigit dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan di taska. Sampai lebam-lebam budak bertiga itu. Aku bualkan dengan adik aku mengenai aqeef. Dia cakap mesti lelaki tu nak rampas gf aqeef sebab tue aqeef gigit dorang yang perempuan tue tak setia sebab tue jugak kene gigit. Hehehehe. Okeyh kesimpulan yang adik aku buat yang terlalu menunjukkan aqeef seorang pecinta wanita!!!!
Saya yang berjaya mengigit 3 orang budak. Hehehe
Muhammad Aqeef Amsyar

No comments:

Post a Comment