dugaan disember

Bulan disember aku rasa bulan sakit bagi aku. Sakit yang tanak kebah-kebah. Pantang kena hujan mulalah hidung nak bersumbat. Pastu tangan aku akan mula alergic. Tengok tangan senirik pun aku boleh geli. Tapi serius sakit gila terutama bila kena air+sabun.
Disember 2007
Aku demam teruk. Dah lah duduk senirik. Mak aku kat kampung risau sangat tentang kesihatan aku. Tiba-tiba aku ada bintik-bintik kesan kene gigit dengan nyamuk. Mujur aku bukan demam denggi. Klinik berulang kali aku pergi. Ubat sampai tak lalu makan. Muntah balik semua ubat yang aku makan. Aku cuti hampir dua minggu. Terbaring saja aku. Yang boleh aku telan hanya bubur McD. Boss aku suruh aku balik kampung. Takut apa-apa yang jadi. Bila balik kampung terus sihat. Demam rindu gamaknya.
Disember 2008
Aku demam. Tapi tak teruk. Ada waktu-waktu aku akan pening kepala tahap nak hantuk kepala dekat dinding. Aku MC seminggu saja. Tapi bila makan confirm muntah. Dah lah tade sape kat rumah. Masa tu aku memang sedih bila fikirkan aku seorang perantau. Masa tu susut badan aku. Positif juga tak payah susah-susah nak kurangkan makan. Dah kurus balik :)
Disember 2009
Aku tetap demam jugak. Tapi kali ini aku dipaksa makan dan hampir setiap malam aku kene berleter sebab ubat aku makan ikut suka saja. Pastu setiap jam telefon aku berdering sebab takut aku jatuh pengsan. Aku hampir jatuh akibat pening yang mencucuk-cucuk. Sakit oooooiiiii. Kali ni ada juga bintik merah ditangan aku. Terpaksa aku amik darah yang sememangnya aku takut jarum. Alhamdullillah takde demam denggi. Tapi aku dipaksa minum sup ketam dan minum 100 plus. Masa tue aku rasa air 100 plus paling tak sedap sekali. Jemu.
Disember 2010
Aku demam. Kali nih hampir dua minggu. Tapi demam kali nih macam pelik sangat. Dari pagi hingga tengah hari aku langsung tak boleh bangun. Muntah-muntah. Tapi bila petang keadaan dah nyaman aku kembali sihat. Tapi ada juga aku kena ke pejabat disebabkan tuntutan kerja. Settle kerja terus aku chow. Tapi nak buat satu transaction amik masa yang lama. Sebab kepala denyut-denyut. Memang menduga iman betul.
Disember 2011
Aku demam tapi tak lama. 2 3 hari saja. Tapi kali ini aku alergic teruk. Satu tapak tangan aku berair bisa. Pastu pecah-pecah. Memang kalau tengok tahap boleh muntah lah. Aku mula rasa sedih. Aku sudah tidak boleh makan seafoad macam dulu-dulu. Masa tu aku memang takut air. Muka aku memang aku tak cuci pun. Lagi sadis tapak tangan kanan saja yang sakit. So aku makan dengan sudu. Memang tak puas sebab aku dah biasa guna tangan. Tak berperisalah bila guna sudu. Belagak pun ada juga. Aku orang kampung dah sinonim dengan menggunakan tangan tau...
Disember 2012
Kali ini tangan aku teruk demam aku pun teruk. Tangan aku jadi kedua-dua belah. Aku bukan saja tak boleh makan seafoad malah ayam pun kalau aku makan mulalah gatal dan bisa sangat. Ikan pun ada jenis-jenis yang aku tak boleh makan. Masa ni aku dapat bayangkan betapa enaknya ayam kfc setiap kali aku lalu kfc depan UiTM. Aku hanya boleh pandang saja tak boleh makan. Tangan aku sakit nih dari bulan october lagi. Tapi makin merebak. Jadi aku jarang masak / buat air dirumah. Sebab aku tanak basuh cawan dan pinggan. Kesudahannya air kotak aku beli aku tunggang saja. Memang tak pernah sopan kan aku nih. Dan bulan nih demam aku teruk juga. Kalau pagi hingga petang memanglah kepala mencucuk-cucuk. Pantang kena hujan mesti bersin tak henti-henti. Aku cuti dari hari rabu. Sabtu ahad duduk rumah sebab kesihatan memang tak memuaskan. Aku pernah jatuh pengsan akibat bangun mengejut. Masa tue aku basuh kain. Aku jemur diluar rumah. Dan aku terus tidur sebab tak larat. Bila tengah hari guruh dah bagi signal. Aku terjaga. Terus aku pening kepala sangat-sangat sebab bangun mengejut. Aku paksa diri bangun sebab aku tanak kain baju aku basuh tue sia-sia. Penat tunggu mesin tue basuh tau. Jadi aku berjalan berpaut pada dinding-dinding rumah. Bila aku dah tarik penyidai tue aku naik atas. Sampai katil terus aku baring tak sedar diri. Pengsan. Dari tengah hari sampai ke maghrib. Memang tahap tak sedar diri masa tue. Hari isnin ke pejabat dengan demam masih bersisa tetapi selsema aku tak sembuh-sembuh. Siap bila jawab telefon tue sengau suara aku memang tahap kronik. Bila malam dada sejuk. Nafas aku tersekat. Pernah aku tidur duduk sebab bila baring aku memang tak boleh bernafas. Bila duduk pernafasan aku tak teruk tahap merbahaya. Klinik dah dua kali aku pergi. Tak baik-baik. Siap aku makan ubat budak rumah aku yang turut demam. Tapi still tak sembuh. Demam sudah sembuh tapi selsema masih kurang sembuh dan bila mana hujan dan keadaan sejuk hidung aku outomatik tersumbat dan dada aku sakit. Jangan lah ada sakit lain yang aku tak inginkan. 
Jadi kesimpulannya aku rasakan bulan disember adalah bulan sakit untuk aku. Sakit memang sakit sangat-sangat. Emak budak rumah aku cakap aku demam teruk sebab jarang demam. Sekali demam memang seksa. Aku tersenyum sebab memang benar aku terseksa. Sekarang pun aku sesak nafas. Dah pakai kemeja+jaket pun masih dada aku sesak. Dugaan aku. Cepatlah tahun baru. Aku tanak tempuh bulan dua belas. Penat!!!

No comments:

Post a Comment