Kuala Lumpur aku datang.

Kuala lumpur aku datang. Kisah Damia hendak jumpa lelaki idamannya. Puiiiiihh ayat tak boleh tahan..

Damia sebelum ini (setahun setengah) dia sangat sukakan pakciknya bernama Rayyan Aiman. Pantang rayyan balik taiping mulalah senyum-senyum pastu pergi dekat rayyan main sama-sama. Orang lain tak boleh kacau kalau tak kena marah dengan damia. Kalau boleh tangan tu asyik nak pegang rayyan saja. Juga rayyan suka melayan damia.
Kini damia sudah empat tahun dan rayyan sudah tujuh tahun. Mereka baru jumpa kembali. Tetapi nama rayyan tetap damia ingat. Rayyan pun sama ingat damia dengan ayah damia iaitu abang aku. Masa jumpa kali ini damia malu-malu kucing. Jadi rayyan mengusik aqeef. Yelah sapa suh damia jual mahal. Lama-lama mereka bermain sama-sama. Siap rayyan kene ikut balik rumah. Dirumah mereka main kawin-kawin. Kelakar sangat. Damia jadi emak, rayyan jadi ayah, aqeef jadi anak lelaki dan chacha jadi anak perempuan. Siap panggilan sayang dan abang kot....
Rayyan pulang kL. Damia masih di ipoh. Kebetulan hujung minggu ada kenduri di kL. Emak ajak mia datang kL. Dia memang jarang ikut orang dah sekarang. Sebab dah pandai rindu ibu+ayah+adik-adik. Tapi bila sebut pasal rayyan terus semangat nak ikut. Memang tak sabar tunggu saat pergi kL.
Bila saja sampai kL celik je mata terus tanya rayyan mana? bila nak jumpa. Alahai anak buah aku. Makcik kau pun tak pernah tanggung rindu macam nih tau. Pernah aku tanya mia kenapa suka dekat rayyan. Jawab mia "RINDU".. Mak aiiii aku terkejut.
Mak aku cuma geleng kepala bila dengar cucu dia menggatal. Cepatnya dia pandai suka orang. Masa rayyan main gaduh-gaduh dengan budak lelaki yang lain, damia jadi pasukan sorak. Menyorak nama rayyan. Segala tingkah laku rayyan memang menjadi igauan damia. Tapi malangnya pabila damia dikL dia tak dapat jumpa rayyan. Itu yang membuat aku benar-benar terkilan. Kesian anak buah aku. Tape nanti masa akan datang kita boleh jumpa rayyan lagi tau. Jangan bersedih....

No comments:

Post a Comment