Petanda

Masa kecil umur aku dalam 8 tahun aku ada uban. Masa tu mati-mati aku fikir rambut aku akan putih semuanya macam tok aku kat kampung. Aku sedih. Tunjuk uban kat mak sebagai bukti. Mak jawab opah yang rindu tue. Sebab tue ada uban dia kasi. Jadi aku senyum lebar. Maklumlah aku mana penah jumpa opah. Tapi opah masih boleh rindu dekat aku lagi. Happy.... Jadi selalu jugalah aku akan belek-belek rambut. Adalah 2 3 tahun sehalai uban kat rambut aku.... Yeeeee memang opah rindu aku..
Sehinggalah tahun 2008. Aku mula tukar hala. Arwah bapak aku yang tercinta rindu aku. Maklumlah aku anak perempuan yang dia paling sayang tau. Aku selalu nak mimpi jumpa bapak aku. Serius aku tak tipu..
Baru-baru nih asik aku belek muka kat cermin aku jumpa uban. Aku terus teringat arwah. Ye sekarang aku semakin lalai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai anak yang solehah. Dah jarang aku sedekahkan yassin untuk beliau. Aku pun jarang berdoa untuk arwah. Mungkin dengan kesibukkan dunia yang aku tak tahu apa yang aku kejarkan. Dan selepas itu aku kembali kepada rutin biasa aku sebelum zaman kesibukkan aku. Kembali mendoakan supaya Allah melapangkan kuburnya, mengampuankan segala dosanya, tempatkannya dalam orang yang beriman. Dan kini aku harap seminggu sekali alunan yassin daripada mulut aku. InsyaAllah....
(Bila difikirkan balik tak logik alasan uban dengan orang disana rindu. Tapi bagi aku Allah mengirimkan petanda dari segala aspek. Mungkin aku lalai dan alpa sebelum ini. Terima kasih Ya Allah. Syukur)

No comments:

Post a Comment