Jodoh

Dalam umur aku yang sebegini, aku risau dengan keadaan aku yang tiada sesiapa lagi untuk aku terus melangkah menempuh masa hadapan. Adakah aku sentiasa bergerak sendirian sehingga akhirnya? Aku sering terbeban bila otak kerap memikirkan tentang yang satu itu. 
Emak aku juga turut terbeban dengan masalah anak-anak. Sebabnya anak-anak perempuannya tidak lepas-lepas lagi. Jodoh, Allah yang tentukan. Kita hanya ikhtiar. Kawan aku sekeliling masing-masing pening kepala untuk majlis mereka. Dan aku, akan jadi orang paling gembira melihat kawan-kawan sudah bersatu...
Pernah aku menangis teresak bila mana aku sendirian dirumah. Sepi sungguh aku rasa. Tiada sesiapa dirumah walaupun aku mempunyai 9 orang lagi kawan serumah. Masing-masing ada aktiviti. Dan aktiviti mereka tidak melibatkan aku kerana takkanlah aku nak menyibuk tengok dorang bercinta. Malu seyhh!!!
Ada juga kawan aku yang cuba menolong aku. Tolong kenalkan kawan mereka dengan aku. Tapi aku nih tuli. Tak reti nak berkomunikasi. Aku jadi kekok. Tak normal dengan diri sendiri. Masa tue mana HUDA yang seperti biasa. Nak cakap aku nih pemalu pernah pulak? Apakah.... Tapi aku percaya pada takdir. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita belum nampak sekarang. Akan datang baru kita sedari. Insyaallah....
Sesungguhnya segala jenis ujian yang diuji, Allah tahu kita mampu tanggung. 

2 comments:

  1. InsyaAllah Huda... jodoh tu ade....
    be strong... dan jgn putus asa dari berusaha... sebabnyer 'jodoh x datang bergolek'....

    Based pengalaman aku gak, aku mencari jodoh aku... Aku buka mata dan lihat sekeliling. memang memula x nampak, tp bila ko dah doa banyak2, usaha x putus2, dan sentiasa membaiki diri.. tetibe 'jodoh' ko dah ade kat sebelah ko... believe me....

    chaiyok...!!!!

    ReplyDelete
  2. tq imma,
    aku tengah berusaha keras mencari :)

    ReplyDelete