Kata semangat

Sejak aku memegang gelaran single and available sejak 2010 aku memang akan kekok dengan lelaki yang hendak berkenalan berlebih-lebih dengan aku. Weird!!! Tapi bila tahun ni aku nekad nak berkahwin. Jadi aku kene terbuka menerima salam perkenalan daripada kaum adam. Kawan sekeliling aku membantu aku dalam mencarikan lelaki untuk aku berkenalan. Nampak tak aku terlalu desprate. 
Minggu lepas aku gedik-gedik nak tengok "Istanbul aku datang". Tetiba ada lelaki seorang ni text aku. Dengan excited nya terus beritahu dia aku nak tengok movie nih. Dia offer diri nak teman aku. Aku apa lagi ambil peluang yang ada depan mata. Yelah tengok berdua lagi besh dari tengok seorang diri. Bosan tau tak!!!
Tapi aku terfikir aku nih mana penah reti nak berborak dengan dia. Dalam telefon lain lah kan. Aku takut. Serius... Aku kene kuatkan semangat. Aku tanamkan kata-kata semangat dekat diri sendiri. Terus aku luahkan dekat mukabuku aku
"Takut itu pengecut, Berani itu perlu waspada" 
Sekarang bila dah jumpa dan dia amat pemalu tak macam diri dia dalam telefon hari-hari. Dia boleh diketogerikan dalam menjadi BFF aku selepas ini. Sbb BFF aku yang dua orang tue sorang dah kawin dan sorang lagi nak kawin. Mana boleh kacau suami orang adik oiii...
Kalau aku selalu amalkan kata-kata ini Insyaallah aku akan temu jodoh. Mungkin aku yang mulakannya dulu. Heheheeh:p

No comments:

Post a Comment