Malu

Malu mengikut wikipedia (sebab aku tak ada kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka) perasaan negetif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan yang tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Terdapat tiga lapis pengertian : Malu sebagai perasaan, Malu sebagai tanda harga diri, Malu sebagai fungsi kawalan sosial.
Itu istilah daripada pak google. Tapi bagi aku orang yang tak tahu malu nih sebenarnya orang tak jaga adab diri senirik. Mungkin mereka fikir  apa yang dilakukan mereka itu adalah normal dan tidak salah. 
Contoh aku nak tunjukkan untuk orang tiada sifat malu :
Melaga-lagakan kawan : Kalau depan kawan A mengutuk kawan B, pastu depan kawan B mengutuk kawan A. Pastu bila dah masing-masing masam muka yang di pembuat dosa senyum bangga. Sebab misi sudah berjaya. Tolonglah pembuat dosa. Malu lah kau pada Allah. Perangai macam laknat.
Pakaian kau sopan betul. Memang tahap muslimah habis. Tapi kalau mulut macam bontot kuali mengata orang pasal pakaian, mengata pasal bentuk tubuh orang apa tue. Pastu jaja cerita tak betul pasal orang tersebut. Katanya pakai tudung, pakai baju ketat saja nak tarik perhatian lelaki. Lebih baik bunuh saja orang tu dari kau nak menabur fitnah. Malu saja dengan mulut kau terlebih perisa tue...
Kesalahan yang nyata lagi bersuluh dilakukan tetapi dinafikan sekeras-kerasnya. Bukan seorang dua jadi saksi. Malah lebih daripada angka empat. Bila disoal dinafikan. Mulalah buat cerita nak cover diri. Lawak gila bila dengar dia buat cerita tu. Kalah budak sales yang jual produk bank yang susah nak laku sekarang nih. Pastu buat muka gila belagak bila bercakap. Gila kau memang tak reti malu kan? Idiot!!!
Depan orang bagitau yang diri tak suka kalau semak samun. Sebab bila keluar kau memang seorang yang pengemas. Lipstik dengan bedak tak hilang dari muka. Orang memang memuji. Tapi kalau orang datang rumah kau, MasyaAllah ini ke ketegori kemas kau? Dapur tunggang langgang, meja makan penuh dengan makanan basi. Sebab apa semua nih jadi. Sebab kau asyik sibuk hias muka. Tak malu ke menipu? 
Sudah kot setakat itu. Sebenarnya banyak lagi contoh orang yang tak malu nih. Tapi malas aku nak beremosi lagi. Nak siapkan kerja sikit lagi nih..

Saya yang pemalu :)
Nur Azzalea Delisya


No comments:

Post a Comment