Masa hadapan.

Tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada kawan yang sudah lama tenggelam. Hampir 5 tahun. Memang seronok berbual dengannya. Beliau seorang yang pemalu pada mulanya (walaupun dia lelaki dan saya perempuan). Borak-borak pasal kehidupan masing-masing. Beliau masih tidak percaya saya belum mendirikan rumah tangga kerana kebanyakkan kawan saya sudah menambah bilangan umat nabi Muhammad S.A.W. Bila beliau korek hal peribadi saya, mestilah saya pandai korek hal peribadi dia juga. Kalau tidak mana adil. Kan?.. hehehe....
Daripada nada yang gembira tetiba lain pula suara dia. Adakah saya tersalah cakap. Rupanya dia dipaksa menerima pilihan kedua orang tuanya. Sedangkan beliau sudah ada pilihan sendiri. Pilihan hati dimana beliau dan gadis tersebut berkawan baik. Serba-serbi hal gadis berkenaan beliau selesa. Walaupun gadis tersebut tidaklah sebaik tunangnya kini. Tunangnya memang boleh diketogeri sebagai wanita pilihan emak-emak. Tetapi segala benda yang terjadi / lalui beliau kongsi dengan kawan baiknya. Lagi sebulan beliau ingin menjadi suami orang. Dan sekarang dia tidak dapat cerna baik-baik segala keputusan yang bakal dibuat.
Sebagai perempuan beliau menanyakan nasihat saya. (Maklumlah dulu-dulu muka nih juga dia hadap untuk kongsi masalah. Dan saya jugak selalu juga borak-borak pasal kehidupan sekeliling).
'Kahwin sekali untuk seumur hidup. Bukan boleh tukar-tukar macam baju. Perempuan ada hati dan perasaan. Kalau tidak boleh move on dengan tunang hentikan sebelum nikah. Fikir baik-baik demi masa depan. Nanti hari-hari ngadap muka isteri. Tapi sebelum buat keputusan nak putus pastikan bff tersayang kau tu single and available. Kadang-kadang perempuan nih suka berahsia hal peribadinya. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.' Nasihat saya ringkas dan padat.
Sekarang tiba-tiba terfikir, sudah lama tak jumpa dan mula berhubung kembali macam-macam yang dihadapi kawan saya nih. Itulah dinamakan dugaan hidup. Saya pun tidak terkecuali.
Alhamdullillah disebabkan teknologi canggih terlalu sangat bermuka buku saya temui kawan-kawan lama yang setelah lama senyap tanpa khabar.

No comments:

Post a Comment