Dugaan selepas hijab

Bila kita mula buat keputusan untuk berubah, macam-macam halangan akan kita tempuh. Ini normal. Hijrah kepada benda yang baik memang payah. Seperti saya, baru setahun berhijab dan akan kekal berhijab tetapi dugaan saya dari segi penampilan dipertikaikan. Mungkin ini pertunjuk kepada saya untuk menitikberatkan dari segi pakaian yang saya ingin kenakan pada tubuh. Bukan niat hendak memakai pakaian yang ketat tetapi bila badan kita banyak sedikit naik memang akan ketara perubahan fizikal. Dan pakaian pun tentulah ketat dan seperti orang katakan menjolok mata. Kini saya mulakan sessi mengurangkan makanan dalam kehidupan seharian. Kerana saya tahu sekarang saya malas sangat-sangat ingin bersenam. Insyaallah akan datang tiada lagi teguran yang mengaibkan saya lagi.

No comments:

Post a Comment