Dalam Kenangan 2011


Gambar diatas adalah gambar yang diambil sebahagian daripada aktiviti yang terjadi dalam lipatan kenangan saya lalui sepanjang tahun.
January 2011 – Perkahwinan sepupu rapat saya. Siti Sufiah Abdul Rahim. Terkini beliau sudah mempunyai baby. Comel macam mama dan babah.
February 2011 – Boleh dikatakan setiap jumaat malam sabtu saya akan menghabiskan masa menonton bersama kawan-kawan di MBO Klang. Ini adalah salah satu gambar yang diambil sebagai kenangan kami bersama.
March 2011 – Saya potong rambut. Rambut panjang saya sudah rosak. Tetapi emak saya tidak suka dengan imej ini. (arwah ayah saya sangat marah jika saya berambut pendek. Tidak tahu mengapa). Gambar diambil ketika melepak bersama kawan di Khulafah Bistro.
April 2011 – Bersama kawan baik saya meraikan hari lahir beliau di Nandos KLCC. Pada hari berkenaan juga terdapat konsert dan Mizz Nina salah satu daripada artis yang menjayakannya. Dan hari dimana saya jatuh dihadapan orang ramai. Malunya..... tebal muka.
May 2011 – Ketika keluar bersama kawan saya BOBO merayau-rayau di D’Curve. Merayau –rayau mencari boyfriend kakak zakiah yang berdating bersama kenalan barunya.
June 2011 – Fareezan sepupu saya melansungkan hari besar beliau bersama kekasih hati. Ramai sanak saudara berkumpul.
July 2011 – Tiada kerja dan menjadikan kerja apabila kawan pejabat mengajak ber-possing. Haiihh saya ini memang tidak pandai bergambar. Harap maklum.
August 2011 – Alhamdullillah saya mula berhijab. Gambar tersebut diambil ketika pejabat mengadakan majlis berbuka puasa di Grand Dorsett Hotel Subang Jaya.
September 2011 – Pertama kali makan aiskrim di Ice Room Kota Damansara. Thankz Bobo kenalkan tempat ini. Sangat santai persekitarannya.
October 2011 – Menghadiri majlis pertunangan jorjes Nysa+Hilmi di Borra Asmara.. Selepas majlis saya bersama kawan-kawan melepakkan diri di Ice Room. Sudah tertawan dan terpikat dengan keenakkannya.
November 2011 – Bride To Be Celebration. Meraikan laili semperna beliau masih bergelar anak dara. Hehehe.. Steamboat sangat sedap. Habis gatal-gatal tangan saya.
December 2011 – Aktiviti pejabat diadakan. Lokasi pilihan seperti biasa sunway Pyramid. TGI Friday menjadi pilihan disebabkan aktiviti bowling tidak dapat dilakukan.
Inilah antara pilihan saya untuk diabadikan sebagai kenangan. Terdapat banyak lagi tetapi bagi saya cukuplah jikalau hanya ini saya yang dicoretkan.

No comments:

Post a Comment