Malaysia vs Indonesia

Date : 21st November 2011
Vanue : Hakim Rest.
Hari ini saya cuti. Punyalah semangat sebab nak tengok Harimau Malaya mahu membaham Garuda. Masa makan tengah hari janji dengan kakak ina untuk tengok ramai-ramai di Hakim (tempat biasa). Seperti biasa, menjalankan tugas meng-invite kawan-kawan. Budak rumah confirm kene paksa dalam rela dan ijat iqbal dan aboy pun turut dipaksa. Saya kan adik hitler. Whoppss!!!!
Pukul 6:30pm meja Hakim sudah penuh. Saya cuak. Cuaca pula macam tidak mengizinkan saja. Minta kawan usha meja level atas tapi memang padat. Act, saya berjanji dengan ijat, iqbal dan aboy saya akan pilih port baik punyer. Almaklumlah saya cuti kan. Tapi iqbal datang saja pukul 6 lebih meja sudah penuh, meja luar pun dah rebut-rebut. Dan bermula tazkirah ustaz Iqbal. Pedih telinga tetapi akui saya berjanji tak tepati. Pukul 7:00 selepas azan maghrib mulalah sorakkan daripada  Ultras Malaya beraksi. Gamat sungguh keadaan di Hakim.
Pukul 8:30pm game sudah start. Pergh ramai sungguh orang di hakim. Memang tabik spring pada semua. Tetapi sangat kecian pada family yang ada anak kecil tetapi tak ada tempat untuk duduk. Dalam masa tak sampai berapa minit Indonesia sudah menjaringkan gol. Perghhh memang tak boleh pakai lah. Indonesia kejam!!! Main bola macam berlakon. Asyik- asyik sakit. Tapi Malaysia bertuah punyai goal keeper yang tangkas. Big thankz Khairul Fahmi Che Mat. Aboy sampai dalam pukul 9:00pm. Tegur-tegur sapa dengan aboy dan goll untuk Malaysia. TERUJA!!! Akhirnya Malaysia vs Indonesia SERI. Semangat makin berkobar. Hohohohhoolllaaaalalalaaa
Masuk 2nd half pun Malaysia vs Indonesia tetap sama. Gawang masing-masing tidak dapat diterjah. Game yang saya rasa amat berbaloi bagi saya walau basah kuyup tapi tetap melekat dikerusi  plastic biru Hakim. Keadaan makin huru hara apabila masa hampir tamat. Debaran makin kuat. Saya makin kuat memekik. Sehingga kene picit kepala saya akibat jeritan saya terlalu nyaring. Whoppss.. hujan hujan tapi semangat tetap membara. Cayalah semua orang di hakim.
Pendekkan cerita Malaysia JUARA... Menang dan keadaan menjadi kelam kabut akibat kegembiraan semua orang disini. Penalty kick. Cayalah badrul akibat tendangan yang tangkas. Jaring gol Indonesia terlolos. Kegamatan di Hakim ternyata hebatnya apabila obor dinyalakan (betul ker eyh) dan semua berdiri menyanyikan lagu Negaraku bersama. Wau juangnya anak-anak muda disini.
Semangat! Semangat! Semangat! Terus saya melepakkan diri diantara ahli kumpulan Ultras Malaya. Kagum dengan kesungguhan mereka mencipta bait-bait lirik.  Tiba-tiba ternampak Joe Flizzow diantara mereka. HeheheheJ

No comments:

Post a Comment