pedoman untuk diri sendiri

Zaman sekarang, orang sekeliling susah untuk dipercayai.  Bila berjaya seseorang itu mulalah orang sekeliling tidak puas hati dan melakukan sesuatu yang salah dari hukum agama Islam. Dan juga bila tidak dapat apa yang dihajati mulalah mencari jalan singkat agar hajat tersebut tercapai. Alahai...
Alkisahnya, ada orang menasihati saya supaya jaga diri dan jangan terlalu sombong. Benar saya seorang yang susah untuk rapat dengan orang yang baru kenal tetapi bila sudah kenal mulalah menyesal untuk berkenalan dengan saya disebabkan mulut pot pet pot pet. Haiiihh... tape memang realiti. Bukan sorang dua cakap dah banyak sangat orang cakap. Akur!!!
Saya tak nampak salahnya jika kita berkelakuan seperti itu. Kini saya tersedar bila ada orang terdekat saya mengalami masalah apabila beliau sombong dengan seseorang yang ingin mengenali beliau. Teramat kesian apabila melihat keperitan yang ditanggung. Sungguh orang zaman moden masih mengamal kepercayaan karut atau lebih tepat menyekutukan Allah. Nauzubillah...
Saya kongsikan bersama mak saya kerana mak mengenali kawan saya.  Dan akibatnya sekarang, emak sangat risau tentang keadaan saya dan adik beradik yang lain. Kini kawan saya sedang berubat. Saya harapkan beliau sempuh dan pulih seperti biasa.
**kini, saya dalam proses pembelajaran untuk membaik pulih perangai buruk saya. terima kasih atas nasihat kamu kawan. J

No comments:

Post a Comment