jorjes Q2-41B

23 Oktober 2010 (saturday)
bangsar - solaris mont kiara - cineleisure - dataran prima.

Disebabkan wane dean dan idayu abdullah tidak hadir temu janji 10hb oktober, dengan rasa bersalah yang tinggi mereka ingin membelanjakan kami semua di SATE STATION solaris mont kiara. Suka amat tetapi saya memang tidak tahu menahu bagaimana mahu ke sana. Nasib baik wane dean dan idayu mahu mengikut saya sekali. Suka :) Maklumlah beliau memang amat tahu jalan kl. Tq adik-adik.

Sampai sahaja dikediaman mereka, salam-salam cium-cium dan bersiap. Baru saya ketahuan yang mereka pun tidak tahu bagaimana mahu kesana tetapi berbekalkan map yang diprint setelah meng-google. Alhamdullillah perjalanan lancar. Tidak ada kesesatan berlaku. Korekkan rahsia hati dayu tetapi tidak tercapai. Sungguh pandai menyembunyikan perasaan beliau. Ok kami sampai pada waktu yang dijanjikan. Pukul 5:oo tepat. Hehheee.. Tunggu nysa atin dan hilmi (ok beliau memang selalu bersama kami apabila berkumpul. Jikalau tiada terasa kekurangan geng jorjes kami. Hilmi=krisis identiti)

Ok, makanan cukup lazat + sungguh kenyang (hanya makan beberapa cucuk sahaja). Memang berbaloi. Macam plan yang telah dipersetujui mereka semua haruslah pulang awal disebabkan semuanya anak adara belaka. Tetapi, sayang sungguh ingin pulang awal jadi sepakat menonton movie di cineleisure. Kami memilih untuk menonton filem YOU AGAIN. Ok sangat berbaloi kerana tidak kering gusi. Kelakar amat.
filem pilihan kami
kami dihadapan sate station
 dayu, wane & huda
dayu, atin & wane
 dayu & huda
 atin & dayu
wane & atin
[gambar nysa tiada disebabkan beliau pergi mencari barang di tesco berhampiran]
kami semua dihadapan cineleisure
Habis menonton pukul 1o:oo malam. Bagaimana jadual mahu pulang awal? Hehehe tetiba hilmi mahu mengisi perut beliau. Mungkin tidak cukup buncit barangkali [choppp maafkan saya ye encik hilmi]. Memilih makan di Murni, Dataran Prima. Memang borak habislah dan sangat kesian dayu dengan Mr Mushroom beliau. Hilmi amat pantas melihat nama kesayangan dayu di vivaz beliau. Tq hilmi kerana berjaya membongkarkan rahsia hati dayu yang selama ini tersimpan rapi.

Jam sudah mahu menginjak ke hari lain ok. Terus pulang ke rumah kakak saya. Sampai sudah pukul 12 lebih malam. Penat tetapi amat terhibur. Sangat suka mendengar cerita adik-adik saya. Miss u all.. Haiiihh nape tetiba termenitis air mata pulak...

Tq wane, dayu dan hilmi kerana membelanjakan kami semua. Kenyang, hilang diet saya.

No comments:

Post a Comment