hari emak

Hari ini (20hb Oktober 2010) genaplah umur emak saya yang ke-57 tahun. Saya mengharap sangat supaya emak saya sihat tubuh badan dimurahkan rezeki dikasihi oleh orang sekeliling.
Puan Normadiah Mahyuddin
Emak saya adalah orang paling rapat dengan saya setelah arwah bapak meninggalkan kami semua. Dialah bapak dan beliaulah emak. Semua bebanan dan kerenah anak beliaulah yang menanggung sendirian. Kadang-kadang terfikir emak saya tidak bekerja dan beliau suri rumah tetapi bila anak terdesak memerlukan duit beliaulah menjadi bank kami adik-beradik. Memang saya kagum dengan beliau. Emak saya tetap menunjukkan beliau kuat dihadapan kami walau sebenarnya emak saya tidak sesihat dahulu. Saya dapat melihat air muka beliau berseri-seri bila kami adik-beradik pulang ke kampung. Lagi berseri bila terlihat kelibat cucu-cucunya. Rumah gamat dengan jeritan si damia mengusik adik beliau aqeef. Dan bila kami adik-beradik mahu pulang menjalankan akitiviti harian kami memang sesak meninggalkan beliau sendiri. Emak saya bukan se-tuff dahulu.
Emak saya sentiasa berada disisi saya (walau sebenarnya saya di Shah Alam dan beliau di Taiping) ketika saya melalui perit getir putus kasih. Memang diakui semasa kecil saya amat manja dan menyayangi bapak saya. Tetapi bila sudah dewasa kini segala kenangan bersama kawan saya akan berkongsi dengan emak. Emak adalah pendengar setia saya. Jadi setiap aktiviti yang dilalui, saya akan cerita sehinggalah bil emak mencecah puluhan ringgit setiap kali emak menelefon saya. Kemana sahaja emak saya pergi, beliau sentiasa mengingati anak-anak dan cucu-cucu beliau.
Paling saya teringat sehingga kini, emak saya menangis ketika berdoa umtuk ketenangan hidup saya. Menangis emak saya menelefon saya kerana beliau terlalu sebak mengenangkan nasib saya. I love u mum. U r da besh mum in da world.
Kami semua sayang sangat dekat emak. :)

No comments:

Post a Comment