Hampir menjadi kenyataan

Entri terdahulu saya ada mengatakan mahu kurangkan berat badan. Dalam masa 2 minggu ini saya cuba menahan usikkan hati nurani supaya tidak makan nasi diwaktu malam. [walau ada terbabas beberapa hari]. Berat terkini saya sekarang ialah 45kg [happy gila dengan berat sekarang. ok syabas]

Dua minggu lepas (sebelum berperang dengan makanan yang sedap) berat badan saya ialah 47kg dan seminggu selepas berhempas pulas menguatkan semangat mengurangkan pemakanan berat saya 46kg. Sekarang 45 kg. Hari selasa (26/10/2010) terus saya bersama teman serumah ke TS membeli pakaian baru kerana saya sudah boleh pakai pakaian khusus untuk orang kurus-kurus. :) Hahahaha....

Kini, saya mahu kekalkan berat saya antara 43kg-45kg. Mungkin lagi 2 minggu saya akan dapat berat badan 43kg. Hehhehe.. Usaha harus kuat tetapi waktu tengah hari saya takkan skip meal. Itu penting untuk memberikan tenaga kepada saya.

*Sangat selesa dengan berat sekarang.

No comments:

Post a Comment