a new career

Sejak dah rasa puas hati + selesa + nak lagi mahir aku cuba pamerkan hasil baju aku di instagram hudaabdulrazk dan di facebook huda razak. Aku ceritakan kehebatan aku dekat mak. Seperti biasa mak aku jadikan tempat kongsikan segala benda. Dia juga macam tu. Hahahahaa
Hari isnin aku bagitau dia baju aku dah siap alter tapi ada sedikit tak selesa di bahagian ketiak. Aku malas alter. Tapi dapat nasihat daripada mak, aku gagahkan juga alter balik hari selasa. Selasai siap dan selesa bila aku pakai. Hari rabu bila borak dengan mak dia bagi pesan. "kalau nak potong kain, eloklah potong hari khamis. orang cakap kain akan naik seri." Aku gelakkan je ayat mak. Tapi pesanan orang dulu ni macam-macam. Tapi potong kuku pun elok hari isnin, khamis dan jumaat. Ye dakkk????
Hari khamis pulak aku cakap respon dari sepupu sepapat, room-mate, housemate, kawan-kawan pasal baju aku. Orang siap nak tempah untuk raya. Aku siap pesan dekat kawan. Bagi kain bodoh-bodoh dulu kat aku. Aku takut tak sedap bila korang pakai. Yela setiap orang lain citarasa. Mak aku pesan lagi "kalau dah banyak orang tempah, silalah simpan duit beli mesin jahit tepi pulak". Aku gelak lagi. Lepas habis gelak aku bagitau mak "Ami ni baju orang pun tak potong lagi. Baru je orang nak anta kain malam ni." 
Harini jumaat aku dah dapat 5 pasang tempahan baju kurung moden. 
Kakak aku : kain cotton vietnam
Sepupu aku : kain sari (itu dia cakap kain bodo. pengsan aku kalau rosak kain die)
kawan aku : kain lembut nak mampus, kain kilat-kilat, kain corak berkaki.
Amaigad. Susah nih. Aku kena buat dulu kain chiffon aku. Kalau rosak tade orang nak salahkan aku. Ye dokk...
Esok ex-housemate nak ajak pegi jakel cari kain dan tempah dekat aku. Bulan depan kawan kitorang kawen.
Sekarang aku kena semakin kreatif untuk hasilkan pelbagai jenis corak untuk baju kurung moden aku.

No comments:

Post a Comment