emosi

Setiap orang ada kisah. Kisah yang kita sendiri rasa. Kisah yang bermain dengan perasaan. Ada gembira, sedih, kecewa dan lemau. Lemau disebabkan perasaan terlalu sedih dan tak tahu hendak beriaksi macam mana. Jatuh terduduk sebab terlampau sangat kecewa. Kecewa yang orang lain tak boleh rasa. Kita saja yang rasa. Memang kita tak pernah minta segala ini terjadi. Tapi percayalah Allah Maha Mengetahui. Kita diuji sebab Allah sayangkan kita. Insyaallah ada hikmah disebaliknya. 
Kalau setiap hari yang dilalui memeritkan tinggalkan dulu apa yang kita lakukan, dan solatlah menghadap Allah. Mohon ketenangan di sisiNya. Aku dulu selalu sangat emosi. Emosi yang ntah apa-apa. Sehinggakan aku rasa semua disekeliling sedang gelakkan. Kita kena luahkan. Bila diluahkan hati akan tenang. Luah pada yang Maha Esa. Bukan kawan yang mengambil kesempatan. 
Perempuan mudah bermain emosi. Memang aku takkan percaya jika perempuan tu selalu buat tak kisah. Dia bukan tak kisah tapi dia sabar. Sabar kena pada tempatnya. Jujur aku bukan perempuan spesis yang terlalu sabar. Aku rimas dengan lakonan perempuan lembut-lembut nih. Bukan bermakna aku kasar. Aku cuma tuff yang pada aku bersesuaian dengan ketegori wanita zaman teknologi ini. Hidup tanpa kekuatan akan hancur. Bila saat orang yang kita sayang dah tak sayang kita lagi. Dah tak peduli kita lagi. Masatu syaitan memainkan peranan. Mengoda kita melakukan perbuatan keji.
Apa yang aku lihat perempuan terlalu mengikut perasaan. Aku tak mahu lagi jadi macam aku dulu. Insyaallah aku cuba menggembirakan hati ini walau tengah walang sekarang ):

No comments:

Post a Comment