tentang aku

Semua orang ada kisah silam. Dan bila aku lihat kenangan kisah silam aku, aku jadi malu. Malu kerana aku tidak pernah sedar tentang khilafku. Jadi aku abadikan segala gambar gedik  untuk aku sorang sahaja. Takkan aku nak tunjuk lagi dosa-dosa aku dulu. Tak larat tanggung semua dosa itu. Amalan aku pun kurang sangat aku rasa. Biarlah orang cakap aku out of fashion. Aku peduli apa. Janji aku tahu jaga batas pakaian aku. Tak sanggup nak biar bapak aku tanggung dosa aku dalam sana. 
Buat apa aku nak mengikut arus sedangkan aku tau itu dosa yang wajib aku tanggung. Pastu arwah bapak aku akan sakit didalam sana. Sebab tanggung dosa anak yang tak pernah nak ingat dekat dia. Sekarang tiba-tiba gambar lama muncul kembali. Aku tak salahkan siapapun. Itu memang aku dan itu memang kisah lama aku. Tapi aku sedih bila fikirkan gambar itu ditayangkan kembali kerana aku akan pikul balik dosa apabila ada orang melihat. Jadi aku minta dihapuskan. Alhamdullillah sekarang sudah tak ada lagi gambar itu. cukup hanya kami-kami saja yang mengingatinya... 
Bapak, walau tak dengar apa yang terbuku dihati, ami harap bapak ampunkan segala dosa ami selama ini. Ami banyak salah sebenarnya. Ami harap bapak tenang disana. Ami love u more.....
Mak, harap mak bahagia dengan perubahan ami sekarang ini. Insyaallah ami janji ami takkan macam dulu lagi. Nasihat ami kalau ami masih terpesong. Ami sentiasa dengar segala teguran mak.

No comments:

Post a Comment