Iktibar.

Kenangan biarlah berlalu. Tidak perlu dihebah-hebahkan. Cukup untuk kita mengingati biarpun pahit. Cukup kita kenang biarpun indah. Hanya untuk memori kita kerana pernah menempuhnya.
Bagi saya segala apa yang telah berlaku kepada diri ini tidak perlu meraih publisiti orang/kawan-kawan. Nape kau fikir kau artis boleh masuk beautifulnara? Segala benda hendak dihebahkan. Lainlah nora danish possing lebih sikit dah kene hentam hebat. Kesian dekat kakak comel. 
Contohnya :- post gambar dengan bekas teman lelaki. Pastu letak status : saat terindah bersamanya. Harap dia bahagia dengan apa yang beliau kecapi. Aku disini sentiasa mengenangmu wahai sang kekasih yang telah lama ditinggalkan.
Bagi aku ketegori orang macam nih 'gila meroyan'. Apa pandangan orang luar bila membaca. Kesian, sedih lepas tu makin lama naik menyampah. Serius aku tak tipu. Entah-entah bekas kekasih bersorak riang sebab tahu diri dirindui. Hambek jatuh maruah kau jemah..
Aku juga ada kenangan. Tak tipu kat lappy aku bersepah gambar aku dengan bekas kekasih aku. Tapi aku fikir dalam-dalam. Itu kenangan untuk dikenang bukan untuk meraih simpati rakan-rakan diluar. Kalau aku buat macam tue boleh diketegorikan menjatuhkan maruah aku sebagai kaum wanita. Menangis, kecewa dan mengingati orang yang tak ada dengan kita. For what? Kalau dia ada kekasih apa kata kekasih dia sekarang? Tak ker boleh mencetuskan perbalahan antara mereka?
Sekarang amik perhatian tolonglah jaga sedikit maruah anda. Jangan letak sebarang artikel yang boleh mencetuskan apa-apa yang negetif. Aku juga manusia biasa. Punya khilaf. Tapi sekali sudah dipesan wajiblah ingat. Takkan setiap kali hendak ketuk. Bagaikan pahat. Tak ditukul tidak bergerak. Nonsense!!!!

No comments:

Post a Comment