terlalu prihatin

Tabik spring dengan sikap prihatin rakyat malaysia.
Terlalu prihatin sehinggakan kaki saya lenguh akibat menekan pedal
Maklumlah kereta kecilku hanyalah manual
Semalam ke tempat kerja menaiki komuter
Sampai kerja awal. Almaklumlah kita ikut time pengangkutan awam
Tapi bila balik tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata
Sudahlah komuter lambat. Asyik-asyik delay
Dapat tahu train 6 coach
Lega mungkin tidak akan sesak seperti selalu
Malangnya, saya didalam macam tin sardin
Berhimpit mampat. Dipenyek oleh orang yang gagah
Habis sudah ke-tuff-an saya.
Okey serik naik komuter. Harini tukar naik kereta balik
Tapi malang lagi apabila lepas sahaja membayar toll kereta bagaikan perisa strawbery, coklat, vanila yang minta roti untuk ditempek.
Saya pelik. Sudah jam sebegini pun masih jem yang teruk
Jalan punya jalan
Clucth berfungsi dengan baik tapi kaki yang manja nih masih terasa lenguh akibat menekan pedal.
PUNCA menyebabkan kesesakkan adalah van berhenti dilaluan kecemasan.
Mungkin van gagal berfungsi. Selepas itu jalan kembali normal
Itulah orang malaysia terlalu prihatin
Suka melihat pemandangan sekeliling
Prihatin pada benda yang salah
Kalau tolong boleh terima
Tapi hanya lihat dan memperlahankan kenderaan apa guna
Akibatnya pemandu manual mengalami kesakitan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment