kali ini bersama keluarga

Saya kembali lagi ke kuala terengganu. Kali ini bersama keluarga. Datangnya ke sini adalah untuk meraikkan majlis sepupu saya. Sekali lagi, terengganu amat panas. Tetapi kedatangan kali ini menguji tahap kesabaran kami semua. Kami beramai-ramai menaiki bus yang telah di tempah. Bus persiaran okeyh. Hahaha ingatkan bus sekolah baru nak perasan budak sekolah. Janji dengan driver bus pukul 10malam tetapi janji melayu memang begini. Pukul 11.30 baru sampai. Mujur sampai kalau tak lantik kak long gegar kawasan orang tue
Pada asalnya sampai saja kami di terengganu terus menuju ke pasar payang tetapi terpaksa dibatalkan akibat bus rosak ketika berhenti solat subuh di masjid Jerteh. Bengkel buka pukul 9lebih jadi kami beramai-ramai bersabar. Kesian damia mengantuk dan meragam kerana tidur terganggu. Hampir jam 12 barulah bus boleh dihidupkan dan berfungsi.
Dari jerteh ke kuala terengganu makan masa selama 2jam.
Trus ke rumah pengantin. Makan dan minum.
Bersiap gerak dan bersiap untuk pulang. Sebelum itu singgah di masjid kristal. Sempat ambil gambar beberapa keping saja. Terus bergerak ke kota bahru. Singgah ke wakaf che yeh. Tibanya disini hujan lebat dan mampu lihat dari dalam bus.
Pendek kata rombongan kali ini hancur. Tapi takpe kenangan dengan keluarga adalah saat manis bersama.

No comments:

Post a Comment