tentang damia

Damia hampir mencapai usia tiga. Kini semakin pandai berkata-kata dan banyak akal. Pening dengan setiap permintaannya. Heheheehee..
1) pandai mengubah labu sendiri
Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk ramai-ramai,
Opah minum susu.
Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Muhammad jangan nangis,
Mak dia pergi kerja.
kukukuku!@#$%^Y& (tidak dapat dikenal pasti sebutannya)
!@#$%^&*(
tutup-tutup mata,
ingat orang jauh.

Nenek- nenek sibongkok tiga,
Siang mengantuk malam berjaga,
mencari cucu dimana ada,
Nenek ku kawen dengan anak RIZAL ( abang saya ayah damia )

2) Daya ingatan yang tajam
e.g : pagi semasa hendak memberus gigi, dia ada tunjukkan toothpaste dia sudah habis. Dan ibunya berjanji akan membeli yang baru. Ke tesco dengan saya, menarik tangan saya dan beritahu toothpastenya sudah habis. Kuat daya ingatannya. Tahniah.

3 ) Kakak yang bertanggungjawab
Semasa ibu dan ayah menonton movie midnite. Saya dengan emak saya menjaga damia dan aqeef. Aqeef kalau tidur mesti hendak ayahnya dodoikan. Menangis dan menangis. Dan damia pun memujuk adiknya. "cian aqeef. takper kakak ada jangan nangis". Selepas dia cakap dan tak sampai 5 minit dia pun selamat tidur dengan amannya. Dan aqeef terus menangis.
Dia juga suka menjaga adikknya dan mendukung adiknya sehinggakan kami yang tengok takut terjatuh. Tapi adiknya seronok bila didukung kakaknya.

4) Suka dengan majlis
Damia amat sukakan bergaya. Bila ada majlis kahwin outomatik kami akan make-up kan beliau. Dan bila nampak pengantin (maklumlah cantik) matanya tidak berkedip. Tersenyum simpul beliau.

No comments:

Post a Comment