fitnah

Memfitnah: Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.

Mengumpat dan memfitnah adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam kerana kedua duanya boleh memusnahkan hubungan silaturrahim dan sekali gus merosakkan keharmonian kehidupan bermasyarakat. Maka bertepatanlah dengan ayat 191 surah al-Baqarah;

والفتنة أشد من القتل
Bermaksud: Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya dari daripada membunuh.

Saya difitnah, dituduh dan ini mengaibkan saya. Saya sakit saya pedih dan saya sangat jijik dengan orang itu. Tolong bertanya sendiri kepada saya daripada menjaja nama baik saya kepada kawan-kawan saya. Mujur saya punyai kawan yang baik dan tidak percaya khabar angin fitnah dusta beliau. Apa beliau tidak puas hati dengan apa yang saya ada sekarang? Apa yang beliau benci dan boley menimbulkan fitnah sebegini berat.
Saya punyai didikan sempurna oleh kedua orang tua saya. Arwah bapak dan emak saya memang tidak mengajar saya melakukan perbuatan terkutuk itu. Benci bila terfikir balik akan fitnah yang dilemparkan.
Sekarang saya tidak dapat terima segala kata-kata dan perbuatan beliau. Saya rasa jijik. Berbaik dengan orang tetapi belakang memfitnah saya. Saya percaya dunia ini bulat. Karma. Setiap perbuatan buruk kita Allah nampak. Allah ada disamping orang-orang yang difitnah. Hanya kekuatan sabar yang saya perlukan kini. Saya perlu tempuh juga dan kekuatan itu saya perolehi oleh nasihat mulia emak keluarga dan kawan-kawan baik saya.

Lebiu mak, keluarga dan kawan-kawan saya:)
Allah always know what u doing.

No comments:

Post a Comment