Jiran Baru

Ada jiran baru. Makin berserilah kami semua. Dan makin rajinlah saya membasuh kereta, mencuci lantai, menyapu lantai di depan. Mungkin aktiviti menanam bunga patut diperkembangkan lagi :0
Jiran pun selalu bila petang melakukan aktiviti lepak di hadapan rumah beliau. Cuma maklumlah adat melayu malu untuk bertegur sapa bila berlainan jantina. Setiap hari menantikan sapaan daripada beliau. Dah tak larat nak sapu dekat porch.
Kalau sudah berkawan nanti bolehlah berbuka puasa dan menghantar juadah bila ramadhan menjelma. Kan manis adat berjiran :)

No comments:

Post a Comment