Kawan rapat?

Kalau kita mendapat kawan yang kita tidak pernah jumpa dan berlainan jantina bolehkah menjadi rapat?
Bagi saya boleh sebab saya ada seorang kawan pendengar setia. Saya boleh meluahkan segala isi hati yg sakit ini kepada beliau. Maklumlah dia tidak kenal saya dan saya tidak malu untuk bercerita segala hal peribadi saya. Kami berkawan sudah agak lama. Tapi kami pernah berjumpa sekali. Itupun sebab beliau mahu ketemu kawan saya. Maklumlah saya mahu satukan mereka berdua. Tapi jodoh tak panjang mereka berdua terputus ditengah jalan..:(
Tetapi sekarang bila saya sudah agak matang, saya juga berkenalan dengan lelaki melalui FACEBOOK (adatlah connecting people katakan) tetapi saya tidak yakin mahu mengenali kawan-kawan lelaki untuk menjadi bff saya. Benar, sebab saya takut mengganggu hubungan lelaki itu. Maklumlah lelaki sekarang sudah berkahwin tetapi status single kt fb. Memang tak boley pakai lelaki sebegitu!!! Tapi ada seorang nih pernah berpesan kamu jangan terlalu ego untuk mengenali hati lelaki.  Memanglah berkawan dulu kita tengok keserasian dahulu barulah mulakan hubungan. Sekarang saya mahu banyakkan kawan. Kalau sesuai dengan jiwa barulah menjadi kawan rapat saya takpun menjadi teman tersayang saya. Ok saya gatal.

No comments:

Post a Comment