hidup bermasyarakat

Ya, saya menyewa rumah bersama-sama rakan. Berbagai ragam kerenah dan kecerewetan. Pepatah orang tua-tua dekat bau taik jauh wangi. Jadi bila tinggal sekali memanglah kerenah setiap orang sudah sedia ketahui. Saya tak kata diri saya baik. Tak semua sempurna okey!!! Saya memang bukan jenis bercakap sopan santun, lemah lembut, duduk bersimpuh dan jalan lemah gemalai. Saya juga tidak pandai mengambil hati kawan-kawan. Kalau saya tidak puas hati saya akan tegur direct. Benar! saya memang begitu. Ini kekurangan yang ketara bagi saya tentang diri saya.

Baru-baru ini, owner rumah mengubahsuai pagar dirumah. Ya amat cantik bagi pandangan saya. Ada 2 pagar. Tujuan owner buat begitu disebabkan untuk meluaskan kawasan rumah kami. Maklumlah gadis yakut ada 7 biji kereta. Dulu kereta boleh parking sekadar 4 sahaja (itupun tahap maksima). Yang lain berlimpanganlah di kaki jalan. Sekarang bila disusun atur kereta boleh parking dihalaman rumah sebanyak 6 biji. Nampak tak rumah saya besar.. Padahal semua kereta kecil-kecil saja. Mungkin tujuan pengubahsuai pagar itu disebabkan aduan jiran tetangga. Maklumlah pagi-pagi bas lalu lalang. Kereta laju-laju sebab semua mahu ketempat kerja. Bila kereta berlimpangan memang menyukarkan mereka melakukan aksi fast5 lah.

Tapi memang tidak boleh tahan ada seorang ini memang ada sifat kepentingan diri. Beliau sungguh sopan santun. Saya akui saya tidak begitu. Sudahlah kau pergi keje awal tolonglah jangan penting diri. Disebabkan kau pagar yang didirikan tue tak ada fungsi. Sama saja kalau kau parking mementingkan diri. Tolong hormat kawan-kawan yang lain okeyh!! Kami semua pun bayar sewa. Disebabkan pagar yang cantik ini sewa sudah bertambah rm200. Bagi aku kalau kau pentingkan diri baik kau bayar saja pertambahan sewa semua. Sungguh tiada kesedaran sivik.

Okey semalam saya tegur beliau. Akibat terlalu marah dan penat saya mengawal antonasi suara sehingga suara saya bergetar. Memang mula-mula saya mahu tegur saya dah cakap jangan marah dengan apa yang dikatakan nih. Dan boley pulak beliau mengadu belakang saya kata saya marah. Kalau saya marah saya tak terseksa mengawal nada suara saya kot. Serius saya benci perangai sikap penting diri. Memang tade kesedaran sivik lansung. (nampak tak dah ulang lagi ayat yang sama. memang marah betoll) Lagi satu boleh tak buka minda sikit jangan terlalu fikir semua orang boleh ikut kerenah ko. Lama-lama tak tahan babe....

Sekian caci maki saya. Memang tengah menahan marah sekarang. Kalau rini tiada perubahan memang saya akan maki hamun macam apa yang beliau mengadu dekat kawan-kawan. Lantaklah kalau dia fikir saya jahat.


No comments:

Post a Comment